Saturday, 22 September 2012

BERSATU KITA BERSATU, DENGAN SETIA BERGANDING BAHU

Nik Aziz sokong Pemuda UMNO, Pemuda PAS bergabung anjur protes

KOTA BHARU 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS bersama-sama mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan tersebut.

"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti terjadi di Tunisia.

"Biar pihak itu sedar perbuatannya mendapat tentangan dan jangan kita berdoa atau sembahyang hajat sahaja, itu tidak betul. Protes itu betul, tetapi cara lain terserah kepada keadaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Thursday, 20 September 2012

ADA BACA, TARA BACA....?????

Koo Ham tidak wajar persoalkan
Azizan, Koo Ham

ALOR STAR 19 Sept. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak mencerminkan ciri-ciri seorang pemimpin apabila mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence of Muslims'.

Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesal dengan persoalan yang dilontarkan itu berkata, sebagai seorang pemimpin, Ahli Parlimen Beruas itu sepatutnya memahami sensitiviti umat Islam.

"Tidak wajar (persoalan) dikeluarkan kerana beliau berada dalam masyarakat Islam. Sebagai sebuah parti politik dan memimpin sebuah pakatan, beliau sepatutnya memahami tentang sensiviti umat Islam.

"Ini adalah masalah berhubung kait dengan akidah dan kepercayaan umat Islam," tegasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.