Sunday, 16 September 2012

SELAMAT TINGGAL SYAWWAL, SELAMAT TIBA ZULKAEDAH......

Syawwal 1433H telah melabuhkan tirai dan umat Islam akan menempuh Zukaedah 1433H dalam masa yang mendatang. Apakah tandanya itu? Musim haji menjelma kembali.

Insyaallah, mulai esok, maka berbondong-bondonglah bakal haji, menuju ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat kelima dalam Rukun Islam.

Sesungguhnya, bertuahlah insan yang mendapat peluang sebagai bakal haji tahun ini. Giliran mereka telah sampai untuk menjadi tetamu Allah S.W.T. Tunaikanlah ibadat sebanyak mungkin semasa di sana. Berikan sepenuh perhatian dalam setiap amalan yang dilaksanakan untuk mengelak daripada sia-sia atau tidak diterima Allah, na'uzubillah.

Janganlah difikirkan tentang perkara yang remeh-temeh di sana. Utama dan dahulukan urusan-urusan wajib haji. Elakkan melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya umpama seperti berdemo, membazir atau memburuk-burukkan orang lain.

Ini bukan masalah orang UMNO, ini bukan masalah orang PKR, ini bukan masalah orang PAS, ini bukan masalah orang DAP tetapi ini adalah masalah setiap bakal haji. Janganlah mensia-siakan undangan Allah ini. Pelihara sikap dan tatasusila penganut Islam.

Selain berdoa untuk diri sendiri dan keluarga, berdoalah juga supaya Malaysia terus kekal aman, damai, kekal tenteram dan sejahtera sampai bila-bila. Jangan perjudikan masa depan negara. Jauhkanlah dan hapuslah anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat serta memporak-perandakan Malaysia, baik dari dalam mahupun luar.

Amin, insyaallah........

No comments:

Post a Comment