LARANGAN MEMAPAR ATAU MEMPAMERKAN IKLAN DI DALAM DAN DI LUAR MASJID
Kerajaan Negeri Perlis mengambil keputusan untuk melarang mana-mana pihak, mempamer atau memaparkan sebarang iklan atau pengumuman yang menzahirkan kepentingan peribadi serta berunsur perniagaan termasuk pakej haji, umrah atau aqiqah di dalam dan di luar premis masjid.
Keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan 'Garis Panduan Pengumuman Iklan di Masjid' yang melihat kepada kewujudan hadis yang menegah perbuatan sedemikian.
Ketetapan yang telah dibuat pada Disember 2011 itu menggariskan 3 intipati yang membabitkan garis panduan pengumuman dan iklan, di dalam masjid; di luar masjid dan di pagar masjid dengan fokus utama kepada iklan yang menzahirkan kepentingan peribadi seperti mencari barang hilang selain hal-hal berkaitan perniagaan seperti pakej haji, umrah dan pakej aqiqah. Semua perbuatan itu DITEGAH untuk diiklankan kerana masjid adalah tempat beribadat dan bukannya untuk kepentingan peribadi atau menjalankan aktiviti perniagaan.
Sebarang pengumuman dan iklan bergambar yang tidak bersesuaian adalah dilarang dinaikkan di premis masjid dan setiap pengumuman atau iklan yang dibuat hendaklah tidak menimbulkan perpecahan antara sesama umat Islam serta mengelirukan sesetengah pihak.
(sumber : Berita Harian 15 Oktober 2012)
(sumber : Berita Harian 15 Oktober 2012)
No comments:
Post a Comment