Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal
1433H
Mesyuarat
mengambil perhatian, bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara
ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut :
“Ajaran
dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam
yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar daripada Islam.
Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada
berkembang.
Oleh
itu, umat Islam adalah dilarang:
- mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah;
- menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran;
- mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan; serta
- aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.
Orang
Islam adalah dilarang:
- memiliki,
- menyimpan,
- mencetak,
- menjual,
- termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen,
- menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”
Namun
mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul
Fadhilah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada
perenggan pertama, dicatat sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) seperti
berikut :
“Ajaran
dan fahaman Syiah Rafidhah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi
ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar
daripada Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada
berkembang.”
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/317-hukum-ajaran-atau-fahaman-syiah
No comments:
Post a Comment