Thursday, 28 February 2013

BEKAS MUFTI DAN MUFTI PERLIS MENGIDAM JAWATAN AHLI PARLIMEN

Warga Kangar yang sibuk mencari juadah makan tengahari tadi dikejutkan dengan perjumpaan khas Mufti Negeri Perlis bersama Jentera Fuckatan Rakyat. Orang kuat Lim Guan Eng dan bekas ADUN Santan pun ada bersama.

Perbincangan santai yang berlangsung dilihat agak serius namun bersahaja dengan anggota PKR yang memakai pakaian berunsur provokasi dan menghasut.

Malangnya, pertemuan ini terganggu apabila Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Azmi Khalid mengantoikan mereka yang kebetulan sedang rancak berbual.

Apakah motif sebenar Mufti Perlis ini? Gambar dapat menceritakan segalanya...
      










GONCANG PAKATAN HARAM



TERUS TOLAK PAKATAN RAKYAT!!



JAWAPAN BALAS ARTIKEL DI ATAS:

1. ISU PEMBERIAN IC KEPADA WARGA ASING
- Tun Mahathir : Anwar Terlibat Projek IC Sabah

2.  MENGAPA PILIH TULISAN JAWI SEBAGAI PIAWAIAN BAHASA MELAYU??
- Tulisan jawi terhad penggunaannya dalam kalangan mereka yang berada dalam institusi agama Islam, seperti para ulamak, guru-guru agama dan pegawai tadbir jabatan agama Islam. Malahan, penerbitan Utusan Zaman seminggu sekali dan hanya menjadi sisipan Utusan Malaysia menandakan merudumnya penggunaan tulisan jawi.
http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011/04/bahasa-melayu-dan-tulisan-jawi.html



3. UMNO LUCUTKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU

PAKATAN RAKYAT BELA NASIB MELAYUKAH???

4. UMNO HAPUSKAN TANAH RIZAB

JADI BAGAIMANA DENGAN YANG INI???




5. PEMIMPIN UMNO KAYA RAYA

BAGAIMANA DENGAN YANG INI PULA??

6. CUBA KENALI SIAPA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

ANDA HARUS MENGENALI SIAPA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY DAN LIHAT SUMBANGANNYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA!
http://info214.blogspot.com/2010/08/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html

7. BACA DAN FAHAMI SEJARAH MEMALI.

 APA KAITAN PAS DALAM PERISTIWA BERSEJARAH MEMALI? DAN SIAPA PULA YANG MAKAN DUIT TABUNG MEMALI??


 8. UTUSAN DISAMAN
UTUSAN PUN PERNAH MENYAMAN!!!

TELUS SANGATKAH HARAKAH???


9. MELAYU PALING MISKIN DI JOHOR! MENGAPA??BACA!!
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/melayu-johor-paling-miskin-melayu-mana-kaya-nasrudin-hassan/

10. MENGAPA UMNO ADA DI MALAYSIA?
KERANA UMNO HANYA BERADA DI MALAYSIA UNTUK MEMPERTAHANKAN MALAYSIA DAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA!

KITAB BARU TOK GURU?



Cer tgk betul-betul buku yang dipegang tok guru tu ade lambang apa? Maksudnya..???

GANJIL DAN HAIRAN....SIAPA NAK JADI KAMBING??



MEMANG GANJIL DAN MEMANG MENGHAIRANKAN!!!

MENGAPA PAKATAN RAKYAT YANG KONONNYA BERSATU UNTUK MEMENANGI PILIHANRAYA, YANG KONONNYA BERSATU ATAS DASAR BERJUANG UNTUK NEGARA, BERPERANG UNTUK SAMA-SAMA MENERAJU NEGARA MENGGANTIKAN BARISAN NASIONAL YANG DIDAKWA TIDAK LAGI LAYAK DALAM MENTADBIR NEGARA TIBA-TIBA MENGELUARKAN KENYATAAN SEOLEH-OLEH TIDAK YAKIN UNTUK MEMILIH ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI SETERUSNYA?? APA YANG DICANANGKAN BAHAWASANYA MEREKA KONONYA SEPAKAT DAN SALING MEMPERCAYAI ANTARA SATU SAMA LAIN TIBA-TIBA MEMPERTIKAI KEPUTUSAN UNTUK MEMILIH ANWAR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI. APA JADAHNYA??? MANA KESERASIANNYA?? MANA KEPERCAYAANNYA?? MANA KESATUANNYA???

BARU MEREKA SEDAR BETAPA SUKARNYA MEMBINA PERMUAFAKATAN!!! JADI JANGAN MUSNAHKAN YANG SEDIA ADA!!!

APAKAH KATA-KATA INI BOLEH DIGUNA PAKAI???


So macam mane boleh keluar kenyataan macam ini?? Mana pergi persefahaman parti-parti ni?


Jadi Anwar bukan pilihan mereka.. Anwar juga bukan kambingnya…!!!


Tuesday, 26 February 2013

INI SEBAB DAP SOKONG ANWAR JADI PM


Terbukti kalau dia pegang tampuk pemerintahan Malaysia nanti, dia hanya akan jadi PAK TURUT..Perjuangan PAS hanya sia-sia..

MINUM PETANG......



LAWAN PAKAT LAWAN




Video ini boleh dijadikan perumpamaan bagi gabungan PAS-DAP-PKR dalam Pakatan Rakyat. Jika dilihat daripada dasar parti sendiri yang berbeza, DAP dengan dasar 'sosialisnya', dan PKR dengan dasar yang 'tidak tahu dasar apa'.
 

DAP memang terkenal dengan sifat chauvinis dan ultra-kiasunya yang telah diperlihatkan dalam kes-kes yang terjadi di Penang. PAS dikatakan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan norma Islam, akur dan tewas dengan desakan-desakan pihak tertentu sehingga sanggup berubah pendirian 360 darjah. PKR pula dilihat sering menurut kehendak DAP bagi mendapatkan sokongan daripada parti yang majoriti penyokongnya adalah berbangsa cina. Suka diingatkan bahawa DAP tidak pernah menukarkan pendiriannya walau apa pun yang terjadi, maka, pada akhirnya, parti yang bersekongkol dengannya mengalah bagi memastikan kelangsungan 'Pakatan' ini.

Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, 'tiada parti yang selamat dalam dunia ini berbanding parti yang asasnya Islam', semoga PAS selamat bersama rakan-rakan PR yang juga tiada dasar Islam ini.


 




Sunday, 24 February 2013

ALKISAH SANG PERKASA.........

Hampir 1,000 orang pemuda bermotor telah menyertai program yang dianjurkan oleh PERKASA Negeri Perlis sebagai manifestasi usaha mempertahankan kalimah Allah. 






Di satu pihak si Anuar Tahir kecut perut dan buat counter perhimpunan kat CIMB dajalkan Nazir Razak. Anuar Tahir siap suruh geng depa pakai baju merah mcm geng perkasa. Saje nk buat org kg pening. 














Tuesday, 19 February 2013

OH MY DARLING..... OH MY DARLING...... OH MY DARLING......

'Hang merepet apa ni Jah oooiiiii! Penat mai ja malam ni, isi ceramah abuk pun tadak.' komen Abang Hensem sebelah tu...........


SIAPA DIA ABANG HENSEM.........?

1.   Penyokong tegar (KETEGAQ)


2.   Peminat misteri

3.   Pendokong LGBT

4.   Peminat isteri orang

5.   Pengundi hantu

6.   Apa pun boleh

7.   Belakang kira


8.   Peminat karaoke


9.   Pengganas BERSIH 1 - 3


10. Winnable candidate

*Pilih satu sahaja.

Wednesday, 13 February 2013

SELAMAT HARI RADIO........



Rupa-rupanya, tarikh 13 Februari merupakan Hari Radio di seluruh dunia. Raikan sajalah tarikh ini. Radio juga ada pengaruhnya. Radio juga ada kelebihannya. Radio merupakan saluran yang meluas penggunaannya. Medium yang tidak boleh diabai atau dipandang rendah serta dipandang sebelah mata.

all the best radio...... especially Siaran radio Perlis.fm

Sunday, 10 February 2013

SALAM TAHUN BARU CINA...........

Selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di seluruh Negeri Perlis. Semoga sambutan Tahun Ular kali ini, akan membawa lebih banyak kesejahteraan kepada mereka seterusnya kepada seluruh rakyat Negeri Perlis.

Kita kan 1Malaysia.........

GONG XI FA CHAI........

Wednesday, 6 February 2013

Tuesday, 5 February 2013

Saturday, 2 February 2013

ADALAH SALAH, SALAH ADALAH KARPAL

Petikan BERNAMA :





BERUBAH TIDAK BERMAKNA MENJAMIN MASA DEPAN


TUN Dr. Mahathir Mohamad dalam wacana bertajuk Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13 baru-baru ini membawa audiens merenung nasib bangsa sekiranya Melayu yang merupakan rakyat majoriti di negara ini, terus hilang kuasa.


Tajuk sama juga pernah dibincangkan secara ringkas di ruangan ini menerusi dua artikel berbeza beberapa bulan lalu. Hakikatnya, orang Melayu dan kuasa amat berkait rapat dalam mencorakkan wajah sebuah negara bernama Malaysia.


Tidak dinafikan sejarah memainkan peranan penting sebagai panduan atau sempadan kepada setiap tindakan yang bakal dilakukan. Sama ada perkara ini diberi penekanan atau sebaliknya, terpulang kepada individu itu sendiri.


Namun kita percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmah tertentu. Malah, kita juga percaya bahawa kemenangan pakatan pembangkang ke atas lima buah negeri dalam pilihan raya umum 2008, iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah memberi banyak kesedaran kepada pihak pentadbir sedia ada.


Kesannya, banyak tindakan telah diambil oleh kerajaan dalam usaha memperbetulkan semula kesilapan yang berlaku. Apa yang pasti, usaha ini dilihat telah dilakukan bersungguh-sungguh terutama oleh pucuk pimpinan.


Sebagai rakyat atau pengundi, tiada apa yang lebih menggembirakan selain mendapat perhatian daripada pihak yang diberikan kepercayaan serta harapan.


Di sebalik sejarah kekalahan lima negeri tersebut, sebelum Perak berjaya dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) berikutan beberapa wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, mungkin masih ramai beranggapan apa yang berlaku sekadar `permainan politik.'


Kisah Perak sewajarnya dijadikan teladan oleh semua orang Melayu di negara ini. Perak merupakan contoh terbaik kerana landskap politik dan populasi penduduknya adalah berada paling dekat untuk menggambarkan wajah Malaysia.


Jika kita masih ingat, Perak yang didominasikan oleh DAP, telah melantik wakil Pas sebagai Menteri Besar. Pelantikan ini mungkin adalah sebahagian daripada janji yang dipersetujui kedua-dua parti sebelum mereka bersedia untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan selain Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Dalam masa sama, wakil Pas terpaksa dilantik kerana undang-undang negeri mensyaratkan hanya Melayu sahaja boleh menduduki kerusi Menteri Besar Perak.


Pun begitu, apa yang berlaku di Perak selama 11 bulan pakatan pembangkang 


memerintah, tidak seperti diharapkan oleh orang Melayu. Hampir setiap keputusan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri, seolah-olah hanya mengutarakan suara DAP. Pas dan PKR terpaksa menjadi penyokong setia. Keadaan ini kerana Exco DAP melebihi suara Exco Melayu yang mewakili Pas dan PKR.


Lebih membimbangkan, sejak `mendapat kuasa' (walaupun setiap keputusan melalui suara Pas sebagai Menteri Besar), DAP semakin rakus dan melupakan janji-janjinya. Orang Melayu bukan sahaja terbiar tetapi terus tertinggal. 


Dalam konteks lebih besar, `janji' ini juga yang dicanangkan oleh DAP kepada rakyat Malaysia keseluruhannya jika pakatan pembangkang dipilih untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang. 


Meskipun bukan dalam kalangan wakil Pas seperti di Perak, mereka berjanji, Perdana Menteri yang akan dilantik juga seorang Melayu. Malah, nama individu tersebut telah diuar-uarkan sejak merasakan matlamat mereka semakin hampir.


Mengambil kira perkembangan ini, tiada apa yang boleh diharapkan orang Melayu jika pakatan pembangkang benar-benar menang. Terlalu sukar sebenarnya untuk bergantung harap kepada Pas dan PKR berdasarkan pengalaman lalu. 


Maka, jika dengan apa yang berlaku di Perak dan situasi politik hari ini, orang Melayu masih tidak kisah tentang siapa yang memerintah, jangan disalahkan generasi akan datang jika mereka juga tidak bijak membuat pilihan.