Saturday, 8 March 2014

#PRAY4MH370 : BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.....

Imej Boeing 777-200 sekadar hiasan

Berikut adalah ulasan pakar dan bijak pandai berkenaan tragedi MAS MH370

JAWAPAN UNTUK PENCACAI PAKATAN YANG GALAK MENYALAHKAN MAS DAN KERAJAAN ATAS KELEMBAPAN MEMBERIKAN MAKLUMAT MH370

"Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pencacai Pakatan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1. Penumpang pelbagai negara
Kita perlu ingat bahawa di dalam pesawat MH370 tersebut terdapat  kewarganegaraan lebih daripada 15 negara, dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masig-masing. Mungkin, sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, turut menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini.

2. Hubungan Diplomatik
MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain, 'lain tempat, lainlah cara penyampaian' jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 negara
Misi mencari dan menyelamat telahpun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370. Manakala, China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan dan Amerika Syarikat juga telah menghantar bantuan kapal penyelamat ke perairan terbabit. Bayangkan keadaan apabila misi menyelamat digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab 'kehilangan' MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan insiden telah berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara beberapa negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula. 

5. MAS tetap dihatiku
Kali terakhir MAS mengalami 'major accident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang, Johor melibatkan 100 nyawa terkorban. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major accident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas. Walau secanggih manapun sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil tetap boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. 

Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku."

Kata kunci : 
Hubungan Bilateral, Diplomasi, Misi Menyelamat

Sintok.....

No comments:

Post a Comment