KENYATAAN 
KUMPULAN ANAK MUDA BENCI AMBIGA (KAMBING)
Satu 
pergerakan baru selain IKHLAS, iaitu mereka yang menamakan kumpulan mereka 
 Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) akan berkhemah selama 
dua minggu di depan rumah mewah Ambiga Sari bagi menyokong tuntutan para peniaga 
supaya Ambiga membayar balik ganti rugi kepada peniaga-peniaga kecil ketika 
pemberontakan 28 April yang gagal lalu.
Sekretariat KAMBING mempelawa 
anak muda yang tidak hendak menjadi kambing hitam Ambiga supaya datang 
beramai-ramai di hadapan rumah Ambiga dengan membawa khemah masing-masing. 
Kumpulan muslimah tidak dibenarkan kecuali ditemani ibubapa atau ahli keluarga 
masing-masing bagi menjaga sebarang gejala maksiat sebagaimana perkhemahan Adam 
Ambiga di Dataran Merdeka yang baru lalu. Kanak-kanak bawah umur 
dilarang.
Sekretariat KAMBING juga memohon jasa baik orang ramai untuk 
menyewakan sebuah khemah yang agak sederhana untuk tujuan Surau sementara di 
kawasan yang berdekatan. Sekretariat KAMBING menolak sebarang sumbangan daripada 
parti BN atau PR kerana tidak mahu dituduh sebagai proksi mana-mana parti. Kami 
kumpulan bebas kata salah seorang sekretariat KAMBING.
Kami akan memohon 
segera permit dengan Majlis Perbandaran dan pihak polis. Ini adalah satu 
kebebasan yang sama juga dengan kebebasan yang dituntut oleh Ambiga dan 
kumpulannya. Kita tidak akan memasuki satu inci pun kawasan rumah Ambiga, kami 
akan berada di atas tanah awam dan jalan awam yang kami juga sama-sama membayar 
cukainya. Ambiga tidak berhalang merasa rimas dan tak boleh tidur kerana kami 
juga mahukan kebebasan sebagaimana kehendak Ambiga.
Tiada pendaftaran 
tiada TShirt tiada wang kopi. Jika kamu anak muda yang Bebas dan Mahukan 
Kebebasan, sertai kami Berkhemah Di Depan Rumah Ambiga minggu 
hadapan.
Jumpa kami di sana, berita lanjut akan dihantar ke emel 
blog-blog pilihan yang lain.
Sekretariat Kambing,
Jalan TAR, KL.

 
No comments:
Post a Comment