Hujah MyMassa Menjawab Fitnah Idris Ahmad, Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat.
13 Mei 2012
Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.
Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.
Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.
Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.
Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.
MyMassa jawab:
1. Kerajaan pembangkang hanya pandai mempolitikkan bantuan. Jika benar air adalah percuma bagi negeri pembangkang, kenapa hanya Selangor? Jika Kelantan ada Skim Kifalah kenapa hanya di Kelantan? Tidak perlu berbicara panjang pasal jalan, klinik kerana masalah air di Kelantan dah lebih 20 tahun memerintah pun masih tak selesai walaupun Kerajaan Pusat telah bagi pinjaman sebanyak RM597.8 Juta. Memang Kerajaan BN tak sempurna, sekurang-kurangnya BN berjaya bangunkan satu negara. Bukan macam pembangkang, bagi satu negeri pun masalah air tak selesai. Jumlah bantuan Kerajaan Pusat untuk Kerajaan Negeri Kelantan tambah baik air negeri Kelantan adalah sebanyak RM1.058 bilion! Negeri-negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang telah makmur di bawah pentadbiran BN. Pembangkang hanya cuci tangan bila dapat negeri-negeri tersebut.
Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.
MyMassa jawab:
2. Tak usah bicara pasal rasuah sedangkan Nik Aziz sendiri mengaku terang-terangan bagi duit supaya penyokong PAS pergi demonstrasi BERSIH 3.0. Masa pilihan raya Galas pun Nik Aziz terang-terang beri rasuah Pilihan Raya. Malah Nik Aziz melakukan kronisme secara jelas dengan melantik Ariffahmi, menantunya sebagai CEO PMBK. Kalau mursyidul am PAS pun boleh rasuah dan salah guna kuasa, apatah lagi yang bukan ulama macam Mat Sabu.
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?
Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.
MyMassa jawab:
3. PAS masih nak main wayang mengenai runtuhan markas-markas PAS yang tak layak digelar musolla sekali pun. Kerana markas-markas PAS inilah qariah masjid berpecah. Memang UMNO tak pandai nak manipulasi agama macam PAS buat. Guna ayat Al-Quran untuk kafirkan musuh. Sekurang-kurangnya UMNO menentang gerakan Kristianisasi sedangkan PAS bersekongkol dengan permurtadan orang Islam. Malah peguam yang menyokong Lina Joy murtad macam Ambiga pun PAS sanggup lantik dia sebagai ketua.
Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.
Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
MyMassa jawab:
4. PAS paham ke pasal hutang negara ni? Kalau PAS paham pasal hutang, sudahkah PAS bayar hutang Kerajaan Pusat sebanyak RM597.8 juta untuk urus air Kelantan. Negara US lagi banyak hutang dari Malaysia tetapi Anwar Ibrahim masih berkiblatkan Amerika. Jangan terangkan sikit-sikit. Cuba terangkan secara jelas mengenai hutang negara dan biar rakyat faham. Bukannya buat dakwaan palsu kemudian suruh UMNO jawab. Kadar hutang negara kini dianggap kritikal oleh sesetengah pihak kerana hampir sampai kepada batas maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 menetapkan had maksimum hutang kerajaan setakat 55 peratus daripada KDNK. Akta Pinjaman Luar 1963 pula membenarkan luar negara hanya sebanyak RM35 bilion. Walaupun kadar hutang ini tinggi (53.1 peratus) tetapi masih belum lagi melanggar had yang ditetapkan oleh kedua-dua akta tadi. Parlimen boleh menaikkan had hutang ini jika perlu, seperti yang dibuat di Amerika Syarikat tahun lalu. Kenaikan hutang yang mendadak ini disebabkan oleh perbelanjaan rangsangan fiskal kerajaan untuk memastikan ekonomi negara tidak terjerumus ke jurang kemelesetan akibat daripada krisis kewangan global bermula pada tahun 2008. Walaupun ekonomi Malaysia pulih dengan cepat pada tahun 2010, ia masih tidak dapat berkembang pantas kerana ekonomi dunia masih lembap. Sebagai negara pengeksport, Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antara bangsa. Kalau perdagangan dunia rancak, permintaan untuk eksport negara turut naik dan pendapatan negara bertambah. Pendek kata, Bank Negara masih dapat kawal ekonomi negara dengan baik sehinggakan Gabenor Bank Negara Malaysia diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia.
Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.
MyMassa jawab:
5. PAS cuba menukar rentak. Jika dahulu mereka gunakan perkataan assobiyah, kini mereka gunakan perkataan rasis. Sama tapi berbeza. Tidakkah Idris Ahmad tahu bahawa antara 12 orang yang di denda kerana demo kepala lembu adalah ahli PAS? Tidakkah Idris Ahmad tahu antara pendemo yang paling aktif di Pulau Pinang untuk lawan Guan Eng adalah Ustaz Hafiz Nordin yang merupakan bekas ketua pemuda PAS Pulau Pinang? Walaupun ahli PAS yang buat onar, dengan mudah mereka tuduh salah UMNO. Mudahnya PAS menfitnah pihak lawan ye.
Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
MyMassa jawab:
6. PAS mainkan isu transformasi sedangkan reformasi Anwar Ibrahim pun gagal. Apa yang Anwar berjaya REFORMASIkan adalah mengubah perjuangan PAS dari negara Islam kepada negara berkebajikan. Dari pejuang hudud kepada pencacai Ambiga yang secara terang-terangan sokong murtad. Apakah hukuman kepada kafir yang menggalakkan orang Islam murtad seperti Ambiga dalam hukum hudud PAS. Adakah Idris Ahmad tahu jawapannya?
Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat.
MyMassa jawab:
7. Walaupun BN gagal meningkatkan pendapatan rakyat sepertimana tuduhan PAS, cuba anda pergi ke pasar raya, adakah ianya lengang kerana orang tak cukup duit berbelanja. Cuba anda pergi ke kedai makan, sampai tak cukup meja untuk duduk. Adakah indikator mudah itu tanda BN gagal? Adakah BN berjaya menurunkan kadar kemiskinan dari 52.4% tahun 70an kepada 2.8% tahun 2011 sebagai gagal? Adakah mobilisasi sosial (contohnya anak petani boleh berjaya menjadi jurutera) melalui pendidikan sebagai gagal. Cuba tanya apakah pekerjaan bapa Idris Ahmad dan dengan pentadbiran BN, dia berjaya menjadi pensyarah sebelum masuk politik.
Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
MyMassa jawab:
Kesimpulannya, berjayanya BN dan gagalnya PR atau sebaliknya tertakluk kepada persepsi anda. Jika anda seorang pemimpin PAS seperti Idris Ahmad, sudah pasti apa yang BN buat semuanya tak betul walaupun dia berjaya dalam sistem yang dibangunkan oleh Parti Perikatan kemudiannya Barisan Nasional. Anda pula, tanya diri anda adakah sukar sangat hidup di Malaysia sehingga dakwaan salah Idris Ahmad pun anda percaya. Tepuk dada, tanya iman.
No comments:
Post a Comment