Penipuan sering
kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan
semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik
atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk
menipu..
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal
pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah
kolar putih. Antaranya :-
1. Jual beli tanah
Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi
dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah
berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan
geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya
menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu
selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang
lain.
2. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan
Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej
haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat
bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu
selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan
perjalanan.
3. Bomoh buang sial
Modus operandi:
Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan
mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi.
Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran
ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan
bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan
ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman
atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan
kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan
bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran
atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya
mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan
menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang
kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan
bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta
menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan
bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk
mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.
Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri
Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka
memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa
dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta
mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah
kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka
dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar,
ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya
RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas
dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila
mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan
gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat
dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya
menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak
laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer
yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam
turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar
sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian.
Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan
wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana
memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke
satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang
RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali
mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak
ambil berat dan sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa
diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi.
Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut
hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa
diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah
barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan
wang dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu
tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan
atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk
memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka
akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.
Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan
wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar
bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah
RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar
yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang
kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
No comments:
Post a Comment