Wednesday, 28 November 2012

RAKYAT PERLIS MEMOHON MAAF KEPADA DAP........

Minta maof la no, wahai DAP...... penat-penat mai dari jauh, bawak lori besaq plak..... semata-mata nak 'tour' di sekitar negeri Perelih ni...... sian kepal sing, ceramah depan 300 orang lebih kurang........ mungkin depa ingat depa boleh top hit...... makin ke tengah malam, koi kurang pengunjung........ ada la dalam 70-80 orang.......

Apa yang kau cari......?
Perlis Tour 24 November 2012, Taman Mutiara, Jalan Baru Kangar - Alor Star


Rakyat Perelih kurang minat dengan parti ideologi komunis ni, dan juga parti dakwah kristian ni....... Kami mintak maof la no, tapi kami tak simpati pun........

Saturday, 24 November 2012

WARGA EMAS PRODUKTIF MELAKAR MASA DEPAN

Pagi 24 November 2012 ini, di Denai Larian Pengkalan Assam, Kangar, sedang berlangsung Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis 2012, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Salah satu inisiatif di dalam KARISMA (Kebajikan Rakyat 1Malaysia).

Pada majlis ini juga, 2 orang warga emas telah dipilih sebagai Ikon Warga Emas Negeri Perlis 2012. Penerima anugerah tersebut ialah Zain bin Othman dan Azizah binti Md. Taib.


Selain itu, 8 lagi penerima anugerah merupakan warga emas yang paling tua daripada 4 bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Siam.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato'Seri Md. Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis.

Thursday, 22 November 2012

SKUAD BOLASEPAK PERLIS KE FINAL........

 KEJOHANAN MYKIDS SOCCER 2012

Pada 22 November, 2012, pukul 4:45 petang, skuad bolasepak Negeri Perlis akan berentap dengan skuad Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Mykids Soccer 2012 dalam kategori bawah 12 tahun.

Datanglah beramai-ramai ke Stadium Utama, Kangar yang sekian lama sepi daripada gegak gempita sorakan peminat bolasepak Perlis untuk memberikan sokongan kepada pelapis-pelapis skuad bolasepak Negeri Perlis ini.

Detik-detik kegemilangan

TAK SERIK-SERIK PUAK-PUAK NI.........

Depa ni, tak abis-abis, tak serik-serik nak buat benda-benda tak patut....... 

Dah la buat benda tak patut, ada ka patut guna taktik lama nak bagi punah, bagi jahanam program orang....

Penyokong 'tegar konon' (tapi sebenaqnya ketegaq) nanti mereka kata la, 


"....... INI SEMUA KERJA UMNO! TAK DAK LAIN, UMNO LA YANG MERANCANG SEMUA INI, BAIK PEMUDA, BAIK PUTERI, BAIK WANITA, UMNO LA YANG NAK SABOTAJ PROGRAM INI.....!"

Oh! Ya ka....??? Program ataih tu, anjuran UMNO, ya...???? Huuurrmmmm..... kagum dengan kehebatan UMNO, berjaya hijack program P ekakkan R a'ayat...... dah la bendera pun atuq buh bendera PAS bawah sekali...... perati betui-betui na....... kerja UMNO semua ni......

*amat mudah jadi pembangkang di Malaysia.............