Wednesday 21 November 2012

ZALIM, KEJAM SISTEM A.E.S.?

Tahukah anda.....?

Kekejaman A.E.S. adalah keupayaan
mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan dilakukan oleh pengguna jalanraya di kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi yang sering berlakunya kemalangan.

Kekejaman A.E.S. juga ialah saman akan dikeluarkan secara automatik kepada ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN LALULINTAS dan notis saman akan dihantar melalui pos berdaftar.

Kesan kekejaman A.E.S. ialah kameranya telah merakam 20,000 lebih gambar KENDERAAN YANG MELANGGAR PERATURAN LALULINTAS pada minggu pertama dilancarkan. Sehinggalah pada minggu yang berakhir pada 16 November, 2012 yang lalu, jumlah gambar HANYA SEBANYAK 6,000 lebih sahaja. Keadaan pengurangan ini amat kejam kerana hasil kutipan jatuh merudum.

Bertambah zalim lagi, walaupun bermacam-macam pengumuman mengenai perlaksanaan A.E.S. ini termasuk pemberitahuan terdapat HANYA 14 lokasi sahaja dipasang kamera pengesan, masih ada lagi manusia yang KETEGAQ @ BÈBAN yang gamak bawak kenderaan laju-laju lebih had dengan langgaq lampu merah. Puak ni, memang NAK MATI CEPAT atau NAK MEMBUNUH atau NAK MENCEDERAKAN orang lain. Sengaja LANGGAQ PERATURAN, LANGGAQ UNDANG-UNDANG.

Memang terang dan jelas lagi bersuluh, KEJAM dan ZALIMnya A.E.S. ni yang duk kira nak kesan pemandu yang BERANI BUAT SALAH atau LANGGAQ PERATURAN SAHAJA. Dari mula, banyak 20,000 lebih, alih-alih tinggai 6,000 lebih ja gambaq ORANG KETEGAQ LANGGAQ PERATURAN yang kamera dah tangkap. Tergamak ORANG YANG PATUH KEPADA PERATURAN LALULINTAS jadi KEJAM tak mau menyumbang kepada peningkatan hasil saman.

Malah, amat KEJAM dan ZALIM juga, ada pihak yang SANGGUP nak MEMBÈLA SAMSÈNG JALANRAYA ini..........! 

No comments:

Post a Comment