Antara petikan teks khutbah Jumaat 2 November 2012, yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis:
Islam adalah agama yang menyukai gaya hidup sihat dan menitikberatkan kesejahteraan manusia. Mewujudkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat dan mengekalkan persekitaran bersih, adalah gaya hidup sihat yang dituntut dalam Islam.
Langkah-langkah bagi menjamin amalan gaya hidup sihat:
- amalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat;
- amalkan pemakanan sederhana dan seimbang;
- memastikan amalan gaya hidup sihat kita tidak berlawanan dengan aqidah dan hukum syarak; dan
- sentiasa merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah menurut fahaman Salafussoleh, supaya gaya hidup sihat kita nanti diberkati Allah S.W.T. serta disenangi oleh umat Islam, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment