Wednesday, 21 November 2012

NO WAY TO LIBERALISM..... TRUELY, DEEPLY, REGARD..............


MENJUNJUNG KASIH TUANKU DYTM RAJA MUDA PERLIS
atas keprihatinan dan pendirian tegas terhadap isu 'liberalisme' ini. Isu tersebut bukan perkara yang boleh dibuat main-main termasuk 'main-main kata' oleh sesetengah pihak.

Manipulasi isu ini, bukan untuk objektif jangka pendek tetapi lebih merupakan misi dan visi jangka panjang. 

Kita bercakap perjuangan hari ini, kesan jangka pendeknya mungkin setakat boleh merebut kuasa pemerintahan tetapi kesan jangka panjangnya ialah kehidupan dan masa hadapan anak cucu kita, pewaris generasi masa akan datang.

Jadi, nak melihat ke hadapan, janganlah tengok satu tiang saja, tengoklah dua tiga empat tiang, malahan lebih baik, biaq puluhan tiang di hadapan..... *falsafah pelumba basikal acara lebuhraya atau jelajah......!

Gerakan liberalisme perlu dibendung: Raja Muda Perlis


KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata gerakan liberalisme di negara ini perlu dibendung agar tidak menular di kalangan generasi muda yang bakal mewarisi negara.

Baginda bertitah gerakan kebebasan tanpa batasan itu sama ada terancang atau tidak amat berbahaya dan boleh mengubah sifat dan asas negara yang terbina sejak merdeka.

Bertitah pada majlis pelancaran buku 'Ucapan Dasar Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan Sepanjang Zaman' dan pelancaran program 'satu pelajar satu lesen' di sini malam tadi, baginda berharap GPMS yang mempunyai lebih 400,000 anggota di seluruh negara dapat memainkan peranan dalam mengawal gerakan itu.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gerakanliberalismeperludibendung_RajaMudaPerlis/Article/

No comments:

Post a Comment