Monday, 12 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI......

Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu kaum India yang meyambut kedatangan Pesta Cahaya kali ini. Semoga hidup yang harmoni sesama kaum ini, dapat kita kekalkan sampai bila-bila, sehingga ke beberapa generasi dan amalan perpaduan kaum adalah tunjang utama kekuatan Negara Malaysia yang tercinta.


Keamanan yang kita kecapi kini adalah hasil persefahaman yang tinggi dalam unsur penyatuan pelbagai kaum yang juga merupakan inspirasi 1Malaysia. Oleh yang demikian, janganlah mana-mana kaum yang prihatin menafikan ikatan 1Malaysia ini yang merupakan rahsia sedari dulu lagi untuk hidup di bumi bertuah ini.

Kekalkan ikatan ini, rapatkanlah barisan dan elakkan percanggahan pendapat yang sia-sia agar Negara Malaysia tetap teguh, aman, sentosa dan sejahtera selamanya.

Happy Diwali.....
Deepavali Vartikel.......

No comments:

Post a Comment