Obama menang dan mengekalkan jawatan Presiden Amerika Syarikat
Di Washington, 7 November 2012, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama
menang dalam pilihanraya jawatan itu sekaligus menundukkan pencabar daripada Republican, Mitt Romney.
Obama muncul
calon Democrat yang kedua yang berjaya menang untuk satu penggal lagi di White House sejak
Perang Dunia II apabila dirinya menghadapi tentangan sengit daripada Romney.
Pada ketika negeri atas pagar termasuk Florida dan Virgina masih
belum diumumkan, Obama sudah meraih 275 undi perwakilan, melebihi 270 yang
diperlukan untuk kekal di White House dan hampir mencatat kemenangan
selesa.
Bunga api kelihatan pada majlis meraikan kemenangan Obama di
Chicago apabila presiden pertama kulit hitam yang dipilih selepas menjanjikan
gelombang harapan dan keinginan rakyat AS pada empat tahun lalu, mendapat mandat
empat tahun lagi untuk mendiami White House.
Sekutu Romney meramalkan
gelombang saat akhir calon itu boleh menghanyutkan pengaruh Obama selepas
penggal pertamanya dihimpit pemulihan krisis ekonomi paling teruk sejak 1930-an
dan kadar pengangguran yang tinggi. - AFP
No comments:
Post a Comment