Wednesday, 7 November 2012

PUNCA GURU-GURU TIDAK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH


Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang miliki ijazah akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa proses temuduga



Di Seremban, 7 November 2012, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, calon-calon guru berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas yang memiliki ijazah, akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa melalui proses  temuduga bermula tahun 2013. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) juga turut bersetuju untuk melantik guru cemerlang, guru besar cemerlang dan pentadbir cemerlang ke Gred DG-41 tanpa ditemuduga selepas mereka memperoleh ijazah, sama ada separuh masa atau dibawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).


Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di Hotel Royale Bintang, di sini, sebentar tadi.

*Guru / Mahaguru / Murahguru....... nak apa lagi, tak tau.......!!!!!

No comments:

Post a Comment