Wednesday, 14 November 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434


WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Hijrah Rasulullah S.A.W. sentiasa diingat sebagai titik anjakan dalam pemikiran dan strategi umat Islam sepanjang zaman. Di samping perintah daripada Allah, peristiwa ini menggambarkan perancangan manusia secara strategik yang cuba melepasi cabaran besar dalam memperkembangkan Islam kepada perjuangan lebih besar dengan melaksanakan hijrah.

Aspek yang utama dalam hijrah ialah tercetusnya pemikiran yang lebih segar dan strategik untuk melepasi halangan penyebaran risalah Islam di Mekah supaya melakukan hijrah boleh memberi kesan terbaik kepada Islam untuk berkembang.

Menjadikan hijrah Rasulullah S.A.W. sebagai pedoman keperluan untuk mengambil pertimbangan Allah dan perancangan manusia adalah sangat penting dalam meleraikan kebuntuan serta cabaran, supaya penyelesaiannya ditemui. Isu perpecahan di kalangan umat masa kini adalah contoh terbaik bagaimana semangat hijrah al Rasul ini sesuai dan boleh dijadikan panduan.

Wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dalam serba-serbi, terutamanya daripada segi pemikiran, fahaman, tindak-tanduk kita dan sebagainya. Masyarakat Melayu berdasarkan adat resamnya dikenali sebagai kaum yang cukup bersopan-santun. Bukan jenis manusia yang ganas, kasar, suka memaki-hamun, mencaci dan mencerca.

Orang Melayu cukup bersederhana dalam serba-serbi. Kita bukan kasar seperti orang Arab, orang Pakistan, orang Iran atau orang Afrika yang terlalu kasar. Jika kita pernah mengerjakan ibadah umrah atau haji, kita dapat merasakan betapa kasarnya mereka. Itu tidak kira lagi jika berperang. Harga nyawa kepada mereka bukanlah satu nilai lagi. Sifat kasih sayang sesama bangsa dan agama juga, bukan taruhan lagi.

Keadaan yang mengakibatkan krisis terus berlarutan, umat Islam hilang keutamaan dan akhirnya umat Islam hilang fokus langsung menyebabkan penjajahan pemikiran daripada pihak lain terus berlaku, iaitu:
  • Kecenderungan suka berbalah di kalangan ulama dan ilmuan hingga kepada hal-hal furuk atau ranting; 
  • Kesukaan kepada menyalahkan orang lain tanpa memikirkan apakah sumbangan yang patut diberi;
  • Sikap taksub dan tidak terbuka untuk mendengar pandangan orang lain;
  • Rasa fanatik melulu yang tinggi terhadap tokoh dan jemaah, menyebabkan hijrah gagal terlaksana.
Sempena kedatangan tahun baru Hijrah ini, marilah kita memasang azam melihat Malaysia terus utuh sebagai Negara Islam yang dicontohi seantero alam. Cintailah negara kita ini. Namun jika tidak dijaga, nescaya kejadian-kejadian buruk yang melanda negara Islam yang lain boleh juga berlaku di sini.



'Politik Agama: Malala Taliban dan Awal Muhara' oleh Zaini Hassan - 14 November 2012.
'Hijrah memperkasa fikrah dan maslahah' oleh Profesor Dato' Dr. Sidek Baba - 14 November 2012.

*Juga boleh rujuk ke sini:

No comments:

Post a Comment