Tuesday, 19 March 2013

BERITA SERIUS SEKALI LAGI


MANIPULASI, PUTAR BELIT ATAU DAKYAH PEMBOHONGAN?

Dalam pada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Perlis menjunjung kasih terhadap pemerintahan Raja Berperlembagaan, masih ada segelintir rakyat yang tidak tahu cara menghormati dan menjaga adab dengan Sultan atau Raja yang memerintah dalam Negara Malaysia ini.

Kenyataannya sudah terang lagi bersuluh, tetapi ada juga yang cuba menangguk di air yang keruh semata-mata taksub kepada ideologi pemimpin 'buta', pemimpin 'pekak', pemimpin 'gila kuasa' yang terlalu berharap dapat menawan kerusi empuk pentadbiran negara di Putrajaya. Golongan ini masih lagi berani memutar-belit titah-titah ucapan Sultan atau Raja dalam usaha untuk mempengaruhi minda rakyat untuk menyokong mereka.

Peristiwa terbaharu, di Negeri Perlis ada pihak tidak bertanggungjawab dipercayai daripada pakatan pembangkang telah menyebarkan risalah ke taman-taman di sekitar Bandar Kangar, yang memetik satu titah ucapan DYMM Pemangku Raja Perak di dalam suatu majlis sedikit masa dahulu. Hal tersebut telahpun diperjelaskan dahulu namun pihak berkenaan masih cuba menyimbah minyak tanah ke atas bara dengan menyebarkan sekali lagi risalah seolah-olah Tuanku menyebelahi pihak mereka.

Namun hari ini, 19 Mac 2013, DYMM Raja Dr. Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak, mengulang buat ke sekian kalinya rasa dukacita ekoran tindakan parti politik tertentu yang memanipulasi kandungan dan mesej titah-titah baginda demi kepentingan politik.

BERITA PENUH DIPETIK DARIPADA BERNAMA

Raja Dr. Nazrin bertitah, perbuatan tersebut telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat, seolah-olah baginda menzahirkan sokongan kepada parti politik berkenaan.





"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik sebenarnya boleh disifatkan mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian dan melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan upacara Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

BERITA PENUH OLEH BERNAMA, 19 MAC 2013.

Jelaslah sekarang, pihak pembangkang terdesak untuk menggapai impian menawan Putrajaya hingga sanggup memanipulasi titah-titah ucapan mana-mana Sultan atau Raja Negeri Melayu asal niat jahat pembangkang untuk membohongi rakyat jelata itu berjaya. Selain itu, segenap lapisan rakyat juga MESTI berhati-hati di dalam proses pencarian maklumat atau berita daripada mana-mana saluran media agar menapis, menganalisis dan seterusnya menilai KESAHIHAN berita tersebut agar tidak mudah terpedaya atau terpengaruh.

No comments:

Post a Comment