Thursday, 21 March 2013

TERGEMPAR! RIBUAN HADIR DI DEMO PKR KANGAR !!!




Puak perasan baguih tak sedaq diri.....
Sekitar jam 12 tengahari tadi, sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai aktivis 'Bantah Anugerah Rakyat Asing (BARA)' telah cuba untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Kayangan Square, Kangar, Perlis.

Aktivis yang kononnya bergerak sendiri ini sebenarnya adalah didalangi oleh Parti Keadilan Rakyat, dapat dilihat dari ucapan wakilnya yang jelas berniat memburukkan kerajaan, serta juga dihadiri wakil dari Angkatan Muda Keadilan sendiri.

Beberapa perkara dapat disimpulkan daripada cubaan mengadakan demonstrasi ini:

1) Aktivis ini cuba untuk menimbulkan isu lapuk tanpa asas yang kukuh, dengan hanya bersandarkan kepada kenyataan Tun Dr Mahathir dalam pemberian kerakyatan di Sabah walaupun siasatan RCI masih lagi dijalankan.

2) Demonstrasi ini tidak mendapat sambutan kerana hanya dihadiri oleh kurang daripada 15 orang yang rata-ratanya daripada kumpulan penganjur sendiri. Sahutan wakil aktivis juga hanya disambut oleh krew-krew demonstrasi ini.

3) Demonstrasi ini telah mengganggu aktiviti harian rakyat negeri Perlis di sekitar Kayangan Square, yang jelas mengganggu daripada pencemaran bunyi yang dihasilkan daripada manusia yang bercakap tanpa fakta. Rata-rata pengunjung Kayangan Square yang datang untuk membeli belah dan menjamu selera di gerai-gerai sekitar memandang dengan jelek manusia-manusia ini, dan tidak kurang juga ada antara mereka yang mencemuh kumpulan ini dari jauh. Perlu diingat, rakyat Perlis cintakan kedamaian dan ingin mengekalkan slogan 'Perlis Damai Lagi Mempersona'.

4) Demonstrasi yang gagal ini juga merupakan satu daripada bukti kukuh yang menunjukkan rakyat jemu dengan Pakatan Rakyat.

5) Demonstrasi ini juga menunjukkan bahawa PAS hanyalah menjadi kuda tunggangan PKR kerana tanpa PAS, PKR bungkus di Perlis.

Soalan kepada bakal mantan mufti Perlis, beranikah anda bertanding di Parlimen Kangar dengan sokongan sebegini?


Wahai bakal mantan mufti Perlis, rajin-rajinla bertemu rakyat marhaen untuk ketahui keluh kesah dan masalah untuk bantu menyelesaikannya. Kata nak jadi wakil rakyat, janganlah lepak di Bangsar je..


Sekitar Demo yang Failed:

11.57 am

11.58 am

11.58 am

12.00 pm

12.00 pm

12.06 pm

12.06 pm

12.11 pm

12.11 pm

12.12 pm

12.13 pm

12.13 pm

12.14 pm

12.17 pm
















No comments:

Post a Comment