Friday, 19 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU 13 : SEMAKIN DEKAT......

Tidak berapa detik lagi, fasa permulaan bagi suatu proses demokrasi akan dilangsungkan di Negara Malaysia tercinta. Tarikh 20 April 2013 merupakan tarikh untuk penamaan calon-calon yang akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti.

Pada saat inilah, bakal-bakal calon akan mematerikan usaha-usaha permulaan proses pilihanraya. Sekiranya tiada apa-apa masalah, maka tercetuslah peringkat berikutnya iaitu proses berkempen.

Oleh yang demikian, sukacita kita mengingatkan kepada semua pihak, baik bakal calon, pencadang, penyokong, jentera dan pengikut-pengikut agar sentiasa terbuka untuk mematuhi setiap peruntukan undang-undang atau peraturan yang digunapakai dalam melancarkan proses penamaan calon esok.

Janganlah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sesama kita. Biar kita berbeza parti, berkaitan fahaman tetapi ingatlah bahawa proses ini adalah ke arah untuk menentukan kestabilan dan masa depan negara.

Jaga hati dan perasan dan banyakkan bersabar semasa penamaan calon esok.

No comments:

Post a Comment