Monday 15 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU 13 : TERCALON KA DAK....?????

Debaran di kalangan pengundi-pengundi di Perlis, masih belum kendur apabila senarai nama bakal-bakal calon BN untuk PRU 13 hanya akan diumumkan esok. Banyak versi yang diterima tetapi biarlah kita sama-sama menunggu pagi esok. Biarlah apa orang nak kata, nak ramal, nak tilik, senarai sebenar sudah ada di tangan Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perlis.

Yang tidak tercalon, janganlah berasa hati kerana survival UMNO/BN adalah objektif utama PRU kali ini. Sokonglah mereka yang telah disenaraikan. Itu lebih penting.

Yang tersenarai, ingatlah bahawa menjadi wakil rakyat pada era ini bukan hanya dengan kata-kata manis. Tetapi, rakyat era millenium ini mahukan lebih daripada itu. Dah menang nanti, jangan sombong.

Yang telah berkhidmat sebelum ini, sekalung penghargaan atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Pastikan kesinambungan tradisi BN dalam membela rakyat sambil menyokong calon yang baharu.

Kepada pengundi-pengundi pula, inilah masanya. Pilih antara masa depan gemilang atau kelam gelemat......

No comments:

Post a Comment