Tuesday, 22 July 2014

#MH17 : APA SALAHMU......??? EPISOD 10

SOMEWHERE IN UKRAINE.....





Alhamdulillah, keadaan semakin menuju ke arah penyelesaian yang positif, berkat Ramadan al-Mubarak al-Kareem, berkat Lailatul Qadr, berkat doa-doa kita...

Kedua-dua unit kotak hitam MH17 / 9M-MRD telah diserahkan kepada wakil pasukan penyiasat khas Malaysia yang diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semoga hasrat PM untuk menyelesaikan insiden ini dalam masa terdekat akan mampu terlaksana, in sya Allah.

Teruskan usahamu wahai pemimpin negara dan pasukan khas agar segala yang terselindung dapat dirungkaikan.


STAY TUNED WITH HARUMPERLIS

#demiMH17
#doa_untuk_Malaysia
#justice4MH17

#MH17 : APA SALAHMU......??? EPISOD 9

#MH17 : APA SALAHMU......??? EPISOD 8

BREAKING NEWS
Malaysia Boleh.....!!
Terima kasih PM....!!
Tabik PM....!!!


MAKLUMAT TERBAHARU DARI UKRAINE:
2 kotak hitam dipercayai milik MH17 / 9M-MRD, akan diserahkan kepada pasukan petugas khas Malaysia pada jam 9:00 pm nanti waktu Ukraine.



Manakala, 282 mayat mangsa nahas yang kini berada di Tores, akan dipindahkan ke Kharkiv untuk diserah kepada wakil Negara Belanda.


Alhamdulillah, Malaysia telah berjaya memeterai perjanjian ini dengan ketua pemberontak, Alexander Borodai.

PM menyeru supaya kita semua sama-sama berdoa agar Alexander akan bertindak sewajarnya dan berkelakuan 'baik' agar tidak berlaku kekecohan. 

PM menegaskan, "Kita ingin mengetahui akan punca MH17 / 9M-MRD terhempas dan siapakah dalangnya. Kita berharap, perjanjian yang telah dicapai malam ini, sebagai satu langkah menghampiri penyelesaian."

Berita lanjut di http://merdeka-online.com/home/mh17-pro-russian-separatists-agreed-on-malaysias-demands/

#selamatkanMH17
#demiMH17
#justice4MH17

Monday, 21 July 2014