Saturday 30 June 2012

GAMAKNYA.......

Selamanya oh Malaysia......... selamanya selamanya.......

MERDEKA MERDEKA MERDEKA..........

http://www.facebook.com/pages/Merdeka-Online/347701695299704

Labu Goreng Bawal Tumis........


ORANG KITA........ seven eleven releven.......


JANGAN KOTORKAN..........

http://youtu.be/Q7nIeNDP9rM

TERHAD, DIHADKAN, HADiah, HADoowwww.....

Kasihan dan simpati kepada golongan ni, pasai tak dak peluang nak ngaji kat sana......
Kat mana? Dekat ja, jiran kita ja, INSANIAH......
Ampa tak kesian ka.....?????

JAGA RUMAH BAIK-BAIK SEBELUM APA-APA BERLAKU.......


SIAPAKAH PIHAK YANG ANTI KERAJAAN DAN MENGGUNAKAN NAMA PRO-DEMOKRASI dalam Malaysia kalau bukan parti pembangkang serta NGO macam BERSIH atau SUARAM?

Apabila sorang ahli lama blogger tanya, "awat media siber Kerajaan tak boleh lawan kekuatan siber pembangkang masa BERSIH 3.0 pasai jumlah like dan dislike untuk video satira politik hasil artis tempatan", sebenaqnya masa tu kan, blog MyMassa dah ada jawapan. Yang menaikkan rating video tu, bukannya sibertrooper tempatan pembangkang tetapi depa dapat bantuan asing. Kalau sibertrooper pembangkang begitu hebat, awat video tu ja ada jumlah dislike yang begitu banyak?

Toksah lupa, yang puak aktivis anti Kerajaan tu join dengan pro demokrasi yang dilatih Amerika mempunyai program komputer yang boleh mencipta fake account (akaun palsu) dengan pantas. Tak heran la pasai pa jumlah like komen-komen siber trooper pembangkang di Malaysiakini banyak. Bukan rakyat Malaysia suka komen tersebut tetapi mereka menggunakan fake user untuk mewujudkan persepsi bahawa rakyat Malaysia bencikan Kerajaan. Kalau program yang canggih macam tu pun mereka ada, apalah sangat dengan hack menghack ni.

Kepada pengamal siber semua terutamanya yang tengah top, harap anda berhati-hati untuk menjaga akaun ampa. Ampa mungkin mangsa kendiannya........

RIBUT RIBUT RIBUT: HIZBUT TAHRIR BIKIN RIBUT DALAM PERLIS.....!


Pertubuhan ini, entah dari mana mai, dan dah lama sebenaqnya duk musin dalam Peghelih, nak mai lagi buat ribut........


Kali ni, depa nak ribut buat Dialog Negara Islam bersama Hiz'RI'but Tahrare Malaysia Siri Jelajah Malaysia 2012. Buat pulak tu, di hotel (hotel-hotel ni, kira tempat orang kaya-kaya ada deit banyak), depa pilih Dewan Kayangan, Hotel Putra Palace. Uuuuuuiiiii.... banyak betui duit depa no, boleh 'bikin ribut' dalam hotel. Boleh duit mana entah....????

Dalam hotel ni la ada Dewan Kayangan......
 

Promosi pun baiiiikkk punya, selit kertas mahai dalam edaran surathabaq. Kertas kilat meghelit duk promosi panggey orang pi program depa. Kertas mahai habaq kat hang...... Belum kira had duk letak ataih kereta orang, duk sua kat jemaah masjid..... uuuiiii banyak deit......... Tambah lagi dengan kain-kain rentang (nama glamer 'banner')......... Banyak duit puak-puak ni........

Tengok kertas dia meghelit, kertas mahai nehh....
upah orang selit pulak lagi....... duit woooiiiii....

Dah la pakai kertas mahai, had tukang selit dalam surathabaq mesti ada upah. Entah berapa depa bagi untuk sekeping kertas mahai ni nak selit dalam surathabaq.......... Duit banyak rupanya puak-puak ni, boleh duit mana entah.......????

Awat depa duk guna kaler biru, merah dengan putih dalam kertas tu....??? Depa nak bagi keliru ka...??? Nak pekena orang Peghelih ka....???? Apa muslihat depa ni........????? Musykil musykil........ Depa ni memang ada hasrat tersembunyi nehhh..........

Rakyat Peghelih sekalian, mintak pikiaq banyak-banyak sabelum join puak-puak ni...... Kalau nak bagi masyarakat berpecah-belah, toksah duk layan..... Islam tak suruh umat berpecah-belah, Islam mau umat bersatu, bersetia, bersaudara........... Bila duit banyak, tengok la tempat yang sesuai untuk dibelanjakan. Kalau ada penaja, kena tau la apa niat sebenaq si penaja tu, takkan nak bagi SAJA duit banyak-banyak........

*mana dapat duit, tak tau la puak-puak ni, sebab mampu berbelanja mewah.......*

Tuesday 12 June 2012

RM 3 Billion Dilarikan Oleh Anwar Ibrahim Ke Bank Of Israel???


Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.


Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang munasabah. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.

Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.

Ini tidak, hanya dah kerana panas pungkok, disuruhnya Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.

Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.

Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.

Ke manakah wang itu dilarikan?

PEMIMPIN BERBICARA

Demokrasi ada batasannya, kata Dr Mahathir
2012/06/11

KUALA LUMPUR:

Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya.

"Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya."

Tun Dr. Mahathir menjelaskan dengan panjang lebar tentang kemungkinan kelemahan yang terdapat pada demokrasi, dengan merujuk kepada sebuah negara yang tidak mampu mencapai kemajuan kerana apa yang beliau sifatkan sebagai "terlalu banyak demokrasi".

"Sebaik saja sesebuah kerajaan dipilih, pihak yang kalah akan mengadakan
demonstrasi dan mogok umum, menuduh kerajaan melakukan penyelewengan.

"Kerajaan perlu menangani gangguan ini dan membelakangkan tugas mengurustadbir yang sepatutnya dilakukannya. Gangguan ini boleh menjadi begitu serius hingga memaksa kerajaan itu berundur," katanya tanpa menyebut nama negara yang beliau maksudkan.

Dr Mahathir berkata walaupun negara berkenaan mengamalkan demokrasi, tetapi beliau mempersoal sama ada itu adalah demokrasi yang sebenarnya, sambil bertanya "Adakah demokrasi suatu matlamat atau suatu alat?"

Sambil menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal,
beliau berkata selalunya, demokrasi dilihat menyediakan suatu 'cara mudah'
untuk menukar kerajaan.

"Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya
dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat," kata Tun Dr. Mahathir.

Beliau menegaskan bahawa di Malaysia, calon dari parti pembangkang boleh
menang dan malah telah menawan beberapa kerajaan negeri.

Mengenai kepimpinan, Dr Mahathir berkata ia tidak boleh sekali-kali mengamalkan rasuah dan perlu memiliki beberapa kemahiran serta idea berkaitan pentadbiran dan pembangunan negara. "Nilai seorang pemimpin diukur mengikut idea yang dimilikinya. Untuk membawa kemakmuran kepada negara, dia perlu tahu dasar apa yang perlu dilaksanakan dan strategi mana yang perlu digunakan," ujar beliau.
Beralih kepada ekonomi, Dr Mahathir, yang baru-baru ini dipelawa Yemen untuk menjadi penasihat ekonomi khas negara itu, berkata beliau percaya dalam iklim ekonomi yang bermasalah sekarang, ASEAN perlu bekerjasama secara lebih produktif dan memanfaatkan pasarannya yang terdiri daripada setengah bilion orang.

"Sebenarnya, negara Asia Tenggara memiliki potensi pertumbuhan, kemakmuran dan kuasa yang besar. Apa yang kita perlukan hanyalah rakyat dan pemimpin yang sayangkan negara serta rakyat mereka, lebih daripada diri mereka sendiri" katanya.
petikan : BERNAMA