Tuesday 24 April 2012

KELIRU......

Biar pemimpin itu keliru, jangan kita rakyat ini pula jadi lebih keliru. Pemimpin yang cuba mengelirukan rakyat, tidak harus dibiarkan. Kelirukan rakyat selama ini dengan dakyah songsang.
Biar pemimpin itu keliru yang dia sudah mula ditolak rakyat tetapi perasan macam rakyat mahukan dia. Rakyat makin faham dengan wayangnya. Rakyat kini tidak mudah terkeliru dengan segala macam pengakuan palsunya.
Biar pemimpin itu pula yang terus keliru bahawa mimpinya tidak akan mampu direalisasikan. Mari kita rakyat mengelirukan dia pula....

Friday 20 April 2012

BERPESAN DENGAN KEBENARAN & KESABARAN

Demi masa...
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.......
Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran.....
Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.....

Surah al-Asr........

Tuesday 10 April 2012




Pakatan Rakyat (PR) akan batalkan PTPTN jika berjaya perintah Malaysia dan anak-anak miskin akan dapat pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti.
Boleh janji kosong sajalah. Jika PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion! Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion berbanding RM6.2 bilion jumlah sepatutnya dikutip. Selebihnya terdapat beban hutang RM3.46 bilion yang belum dilangsaikan. PTPTN sendiri terpaksa meminjam RM3 bilion setahun dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk membiayai PTPTN!
Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN yang berjaya dilangsaikan oleh para peminjam terdahulu dan sehingga kini jika mereka memerintah Malaysia nanti? Macamana ekonomi negara nak berkembang, jika semua nak diberi free…tol nak free, minyak nak free, makan nak free, tambang free, rawatan kesihatan free, eletrik free, bekalan air free, talian telefon free... Habis londeh wang negara dibaham oleh free thinkers PR. Kalau cam tu kita kahwin free jer, kerajaan kena tanggung segala belanja. Jika tidak, pakat ramai-ramai buat pesta seks free, dapat anak haram nanti kerajaan kenalah tanggung kebajikan anak-anak dan keluarga tersebut!  
Semasa Anwar jadi TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang Petronas untung RM90 bilion, pelajar terpaksa berhutang.
Masa Anwar jadi TPM 1991-1998, Penduduk Malaysia hanya 20 - 23 juta dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi sekarang penduduk Malaysia 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS. Maknanya ramai yang hendak belajar di IPT. Kalau semua nak free, macamana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut, asyik belanja je.Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi barang lain!   
Kerajaan banyak komitmen untuk belanjakan wang negara bagi lain-lain pembangunan bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja. Duit PTPTN yang dikutip setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya dan maintenance cost  IPT-IPT seluruh negara. Mana kerajaan nak cekau duit kalau tak dapat balik bayaran PTPTN? Macam bank-bank juga kalau mereka gagal mendapat kembali bayaran dari siberhutang macamana nak teruskan operasi, silap-silap ramai staf yang kena buang kerja sebab bank-bank bankrap. Faedah, dividen dan bonus bank buat pendeposit mesti juga dimansuhkan

 
Anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.
Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Kalau nak free PTPTN belajar rajin-rajin…dapat CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi!.
Sebagai ibu bapa kenalah belajar menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja sementara untuk cari pendapatan dan pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang dapat kerja.   
Kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.
Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.
Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota, markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat pun hampir-hampir bankrap bila ramai graduannya mengelat tak mau bayar hutang belajar yang mencecah US$1 trillion!
Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.

Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan di negara-negara kapitalis Eropah konon nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang, kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!
       
PR berjanji melaksanakan program Negara Berkebajikan berdasarkan Buku Jingga jika berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 13. Mandat yang diterima oleh PR akan berlangsung selama 5 tahun (2012-2017). Memang Malaysia akan bankrap tahun 2019 jika PR jadi  kerajaan. Semuanya sebab belanja subsidi besar dan ramai mengelat bayar hutang, nak free segalanya…hancur!!!

Friday 6 April 2012

KE HADAPAN AYAHANDA MAHFUZ YANG KU KASIHI TAPI PIKIAQ TAK PANJANG.............



SURAT TERBUKA KEPADA MAHFUZ OMAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HIDUP saya sudah lama menderita, berpuluh tahun kerana saya tidak memiliki Mycard dan status kewarganegaraan saya belum ditentukan. Bukan saya sahaja, tetapi ramai. Saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Ibu bapa saya datang ke Sabah sebelum Sabah merdeka, tetapi mereka pulang ke Negara asal mereka di Indonesia. Tinggallah saya adik beradik dijaga ibubapa angkat. Kami bersekolah di Sandakan, dari tadika hinggalah ke Universiti. Apabila tamat pengajian, saya bekerja dengan kerajaan tetapi apabila status warganegara saya dikesan “belum ditentukan” saya diberhentikan kerja. Bertahun saya bekerja menabur bakti, tetapi kerana peraturan memohon kerakyatan yang sangat ketat di JPN dan di KDN, sehingga ke hari ini saya terkontang-kanting.

Bagi saya, saudara adalah Pembunuh Masa Depan Kami! Kamu Hikpokrit! Tahukah kamu hampir 90% ahli dan penyokong PAS di Sabah, ibu bapa mereka, malah mereka sendiri, semuanya berasal dari Indonesia atau Selatan Filipina. Mereka semua Islam dan Melayu. Saya tidak kenal nama-nama pegawai yang kamu sebut itu, tetapi saya pernah berjumpa dengan Encik Rashid Basiron di JPN Putrajaya. Mahukah kamu saya sebut satu-satu ahli PAS di Sabah yang semuanya asalnya Pendatang? Sebab itu saya kata kamu Hikpokrit dan Pembunuh masa depan kami? Kalau kau ada di depanku, aku sudah tampar kau hidup2.

Pernah kau Mahfuz pergi ke JPN Putrajaya? Pernahkah kau berurusan dengan KDN betapa sukarnya untuk mendapat status warganegara? Encik Rashid Basiron itulah, walaupun dia sangat tegas, sangat ikut peraturan walaupun kami merayu dan menangis, tetapi dia kata peraturan kena ikut juga. Tetapi dia tidak matikan harapan kami, dia tolong kami, dia tunjukkan kami jalan, akhirnya dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah keluarga kami yang mendapat warganegara dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Dengan sekeping Kad Pengenalan inilah, kami boleh bekerja, menyara keluarga kami, mendapat rezeki dan seterusnya dapat menderma kepada surau-surau, malah ahli-ahli PAS di Tawau, Sandakan, Kalabakan, Kota Kinabalu semuanya bermula macam kami. Mereka semua asalnya pendatang juga tetapi pegawai2 seperti Encik Rashid Basiron inilah juga yang membantu mereka.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu kamu tahukah dia berasal dari mana? Kamu tahukah dia lahir di mana? Kamu tahukah dia juga berurusan dengan JPN untuk menjadi Warganegara Malaysia? Kamu Mahfuz memang Pembunuh Masa Depan Kami dan Kamu memang Hikpokrit!!! Hanya kerana Cita-cita kamu bersama DAP mahu ke Putrajaya, kamu keluarkan kenyataann yang mengguris jiwa dan perasaan kami.
Kamu tahukah kawan-kawan saya ramai yang diberhentikan kerja kerana masalah Kad Pengenalan yang kamu bangkitkan. Kamu tidak percayakah, pergilah kau selidik di Sandakan ini, di Tawau, di Kalabakan, semuanya orang Islam, semuanya Melayu, yang lahir di Sabah, tetapi ibu bapa kami dahulu tidak bersekolah, ibu bapa kami dahulu duduk di dalam hutan menebang pokok, membuka ladang, mereka tiada wang untuk ke Bandar, mereka buta huruf untuk mengurus Kad Pengenalan kami. Kami bukan jalan belakang seperti yang kamu tuduh, Tidak ada satu pun Pasukan Khas atau Task Force yang kamu tuduh itu untuk menyelesaikan masalah kami ini, Mana dia, kalau ada baguslah, supaya hidup kami boleh ada masa depan.

Kamu sangat Terok dan Menjijikan Mahfuz!!! Dato Hishamudin dan Encik Rashid Basiron lebih Mulia hati mereka dari kamu, kau yang bernama Mahfuz sangat Jahat dan Sangat Kejam!!! Kami orang Islam, Pernah kau perjuangkan nasib kami di Parlimen, yang kau tahu tuduh tuduh tuduh. Islam apa kau ini??? Nasib baik kau bukan di Sabah, kalau kau ada di Sabah, sudah ku tampar kau sampai kau mampus. Memang bapakmu pandai bagi kau nama, Mampus dan Mahfuz hamper-hampir sama.

Harapan kami, hanya kepada Kerajaan Persekutuan bukan kepada manusia Berhati Busuk seperti kau!
Kau tahukah nasibku sekarang, aku dibuang kerja, sudah 5 bulan aku tak bekerja. Ibu bapaku sudah tua, rumahku baru terbakar hangus semuanya. Adik-adikku bersekolah. Mereka semua hairan kenapa aku tidak bekerja. Aku tipu mereka, aku kata aku bercuti panjang, kerana aku tidak mahu jatuhkan semangat mereka. Dalam dompetku hanya sedikit saja wang, aku pinjam wang, aku terbang ke Putrajaya, aku menumpang tidur di rumah kawan, hari ini di rumah kawan esok di rumah kawan lain, aku makan apa yang ada, aku berjalan ke satu jabatan ke satu jabatan, KDN membantuku, pegawai di JPN membantuku, pegawai di JPM membantuku, tiba-tiba keluar dari Mulutmu yang kurang ajar konon orang-orang seperti kami ini dibantu oleh Task Force. Hancur luluh hatiku…Kau Mahfuz memang berhati Setan!!! Sekarang aku mencari kerja di mana saja, di kilang apapun dengan warga asing, aku sudah tidak boleh pulang ke Sabah kerana aku sudah tiada wang.

Bila aku terbaca Tuduhanmu itu, Hatiku bertambah Sakit, Sangat-Sangat Sakit, Jiwaku menangis, aku terkenang ibu bapaku dan adik-adikku yang menanti khabar di kampong. Di mana perasaanmu Mahfuz? Di mana jiwa Islammu? Aku ini sauadara seagama dengan mu? Kerajaan dan Dato Hisham dan Encik Rashid Basiron walaupun dia pegawai biasa, tetapi jiwa mereka besar hendak menolong orang seperti kami. Tapi kau Mahfuz, kau umpama Setan Neraka kepada kami di Sabah. Aku menangis Mahfuz mengenang nasibku. Kau Mahfuz Manusia paling Kejam di dalam dunia ini…Hanya kepada Allah aku berserah.

M.Sandakan.
12.15PAGI.

Monday 2 April 2012

Rahsia Sangat......

Kalau nak sembunyi, tara mana nak sembunyi.......
Kalau nak kalih, cermin dulu diri kita......
Kononnya mampu memberi kesejahteraan, janji sana, janji sini......
Tapi, habuk pun tarak......

Tuan2 dan Puan2 sekalian,
Renunglah mata anak-anak, lihat dalam-dalam, ada harapan yang ingin dimiliki.....
Kita tidak lagi hidup di dalam dunia yang mudah......
Kita mesti pertahan kedaulatan ini walau nyawa jadi taruhan.....
Kerana anak-anak meletakkan harapan bahawa dia juga ingin hidup aman damai, selamat sejahtera di bumi bertuah ini, pada masa akan datang.........
Tergamakkah kita biarkan waris kita itu, MEREMPAT di negara sendiri.........?????

Sunday 1 April 2012

DEPA NAK MAI BALIK DAH............

Kembalilah wahai sayang
Padaku yang kesepian
Bawakanlahku penawar rindu


Tiada kata tiada pesan
Dikau pergi meninggalkan
Ku kembara mencarimu kasih


Usah kau turutkan
Resah di hatimu
Usah kau kenangkan
Kisah lalu


Derita kesedihan
Telahku lupakan
Hulurkan tanganmu
Wahai sayang


Akanku dirikan
Mahligai impian
Dikaulah dewiku
Pujaanku


Kembalilah wahai sayang
Ku rindukan kemesraan
Sinarilah cinta suci kasih