Tuesday 7 May 2013

PASCA #PRU 13 :AZLAN MAN MENTERI BESAR BARU PERLIS






Tahniah diucapkan kepada rakyat Perlis kerana mendapat Menteri Besar baru pada hari ini. Dan jutaan tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Perlis yang baru, YAB Azlan bin Man diatas perlantikan ini.

Semoga YAB dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan dapat memajukan negeri Perlis ke arah Perlis Maju 2015..

Berikut merupakan profil Menteri Besar Perlis yang baru untuk tatapan rakyat.


NAMA                       : AZLAN BIN MAN
TARIKH LAHIR      : 2 SEPTEMBER 1958
TEMPAT LAHIR     : ARAU, PERLIS
UMUR                      : 54 TAHUN

KELULUSAN AKADEMIK

M.A International Economic, University of Denver, USA (1990)
B.A Hons. Geografi, Universiti Malaya (1981)
Dip. In Public Management, INTAN (1982)

KERJAYA

1983 – Lantikan sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)
1983 – Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
1985 – Konsul, Konsulat Malaysia-Canada.
1989 – Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
1992 – Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
1995 – Kaunselor, Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, New York.
1999 – Pengarah, Bahagian ASEAN, Kementerian Luar Negeri.
1999 – Pegawai Khas Kepada Menteri Luar Negeri.
2001 – Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerangan Luar, Kementerian Luar Negeri.
2002 – Setiausaha Bahagian Afrika-Selatan Sahara, Kementerian Luar Negeri.
2008 – Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Luar Negeri.
2010 – Ketua Sekretariat, Langkawi International Dialogue (LID).
2010 – Timb. Pengarah Kanan, Bhg. Pembangunan Organisasi, Jbtn. Perkhidmatan Awam.



 
2011 – Timbalan Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.



PASCA #PRU 13 : TEKA-TEKI, TEKA-TEKUK.......

Yang berhajat
Yang berkehendak
Yang berkeinginan
Yang berharapan
Yang berangan
Yang kempunan

Monday 6 May 2013

PASCA #PRU 13 : MENELUSURI WAKTU......


Wujudkan Gabungan Kerjasama UMNO-PAS Sekat Kemaraan DAP - Hassan Ali

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Presiden JATI Datuk Dr. Hassan Ali, mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mewujudkan gabungan kerjasama antara PAS dan UMNO sebagai langkah menyekat kemaraan DAP.

Beliau berkata keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) semalam sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk diadakan perbincangan serius berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu.

"Sudah sampai masanya UMNO dan PAS melupakan sengketa lama untuk secara serius duduk merancang dan memikirkan agenda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan PRU13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, kembali berkuasa setelah memenangi 133 kerusi Parlimen, diikuti DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).

Hassan menarik perhatian berdasarkan keputusan pilihanraya itu, jelas kelihatan kehadiran PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP, bukan sebaliknya.

Menurutnya, pengundi Melayu atas nama setiakawan pakatan rakyat memberi undi kepada DAP di Gelang Patah tetapi di kebanyakan tempat dengan minoriti Cina, keadaan serupa tidak berlaku dan menyebabkan calon PAS kecundang di kawasan-kawasan berkenaan.

"Atas dasar ini, bukankah munasabah untuk dilihat secara serius gabungan kerjasama antara PAS dan UMNO untuk menyekat kemaraan DAP," katanya.

Perebutan bagi kerusi parlimen Gelang Patah di Johor menyaksikan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Hassan turut berkata kegagalan memperoleh mandat dua pertiga di pihak BN menunjukkan mungkin sudah sampainya BN dan Umno bermuhasabah untuk mengenal pasti dan memperbaiki segala kelemahan supaya selari dengan kehendak dan aspirasi majoriti pengundi dan penyokong mereka.

Sumber : BERNAMA

#PRU13 - KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM 13 - PERLIS

Waktu pengundian telah berakhir pada jam 5.00 petang tadi dan proses pengundian juga telah dilaksanakan dan keputusan pilihanraya ini telah selesai. Rakyat Malaysia menanti dengan penuh debaran kerajaan yang akan memerintah. Perlis antara negeri kecil yang turut memberi saingan sengit dalam pilihanraya kali ini. Walaupun hanya memiliki 15 dun dan 3 parlimen namun keputusan lengkap hanya mampu diperolehi pada jam 12.00 tengah malam.Berikut merupakan keputusan penuh negeri perlis Indera Kayangan. TAHNIAH KEPADA BARISAN NASIONAL KERANA BERJAYA MENGEKALKAN KEJAYAAN UNTUK TERUS MENTADBIR PERLIS.

Keputusan penuh :
P001
BN Zahidi Zainul Abidin 
P002 BN Shaharuddin Ismail 
P003 BN Dato' Seri Dr Shahidan Kassim
NO1 BN
Khaw Hock Kong
NO2 BN Mat Rawi Bin Kassim
NO3 BN Asmaiza Binti Ahmad
NO4 BN Khairi Bin Hasan
NO5 BN Sabry Bin Ahmad
N06 BN Rela Ahmad
N07 BN Abdul Jamil Saad
N08 PKR Chai Ming Khai
N09 BN Mat Bin Hassan
N10 BN Ahmad Bakri

N11 BN Azlan Man
N12 BN Dato' Ismail Kassim
N13 BN Jafperi Othman
N14 BN Nurulhisham Yaacob
N15 PAS Mohd Shukri Ramli


P001 Padang Besar
BN 21473
Pas 14047
Undi rosak 531
MAJORITI 7426
DIMENANGI BN


P002 Parlimen Kangar 
BN 23, 343 
Pas 19, 306 
undi rosak 660
majoriti 4037
DIMENANGI BN

P003 Parlimen Arau
BN 19376
PAS 18005
BEBAS 406
undi rosak 525 

majoriti 1371 
DIMENANGI BN


N01 Titi Tinggi
BN 3925
DAP 2439
BEBAS 968
Undi Rosak 224
MAJORITI 1486
DIMENANGI BN


N02 Beseri
BN 3636
PAS 3096
Undi rosak 95
Majoriti 540
Dimenangi BN


N03 Chuping
BN 5688
PKR 2812
Undi rosak 165
MAJORITI 2876
DIMENANGI BN


N04 Mata Ayer
BN 3739
PKR 1750
Undi rosak 86
Majoriti 1989
Dimenangi BN


N05 Santan
BN 4209
PAS 3125
UNDI ROSAK 93
MAJORITI 1084

BN MENANG 


N06 Bintong
BN 5255
PAS 4018
Undi Tolak 188
Majoriti 1237

BN MENANG 

N07 Sena
BN 5418
PKR 3494
BEBAS 321
Undi rosak 177
majoriti 1924
BN MENANG
 
N08 Indera Kayangan
BN 3171
BEBAS 404
PKR 4263
Undi Tolak 144
Majoriti 1092

PKR MENANG

N09 Kuala Perlis
BN3863
PKR2831
BEBAS 172
Undi rosak 149
majoriti undi 1032
BN MENANG
 
N10 Kayang
BN 4259
PAS 3595
Undi Tolak 130
Majoriti 664

BN MENANG

N11 Pauh
BN 4769
PAS 3387
Undi rosak 158 

majoriti 1382
BN MENANG
 
N12  Tambun Tulang
BN 5286
PKR Azhar Ameir 2805
Undi rosak 153 
majoriti 2481
BN MENANG

N13 Guar Sanji 
BN 4235
PAS 3308
Undi rosak
majoriti 927
BN MENANG

N14 Simpang Empat
BN 3362
PAS 3277
Undi rosak 70
majoriti 85
BN MENANG

N15 Sanglang
BN 3511
PAS 3632
Undi rosak 80
majoriti 121

PAS MENANG  

KESELURUHAN :

PARLIMEN : 3 KERUSI
BN : 3 PAS : 0
DUN ( 15 KERUSI )
BN:13 PAS:1 PKR:1 BEBAS:0