Friday, 3 May 2013

#PRU 13: PENGUNDI HANTU??

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) MENAFIKAN pernah mengeluarkan MyKas kepada warga asing untuk mengundi. pemegang-pemegang MyKas TIDAK LAYAK untuk mengundi kerana status sebagai Pemastautin Sementara dan bukannya warganegara.

Dakwaaan penyokong pembangkang adalah TIDAK BENAR dan berniat jahat untuk memburukkan proses demokrasi negara.

Tuduhan pembangkang: Terdapat sebuah pesawat membawa 36,000 pengundi hantu ke Selangor adalah TIDAK BENAR sama sekali. Pesawat MH8601 yang kononnya membawa pengundi hantu dari Sabah ke Selangor adalah rekaan pembangkang semata-mata. LOGIKKAH?? adalah mustahil pemerhati dan juga rakyat tidak nampak sejumlah orang yang dibawa itu untuk mengundi di Selangor. Jika benar pengundi itu dibawa dari Sabah sekalipun, adakah mereka tidak mahu mempertahankan negeri mereka sendiri dari dirampas pembangkang??

Manipulasi pembangkang yang sengaja mencari modal untuk menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat dan juga penyokong mereka. Pembangkang sengaja menggembar-gemburkan isu pengundi hantu untuk menghalalakan niat mereka membuat hura-hura bila kalah pada 5 Mei kelak.

Politik kotor dan keji pembangkang ini nampaknya semakin tidak terkawal dan mereka semakin ghairah untuk melakukan penipuan. Semua dilakukan kerana terdesak untuk mendapatkan undi dari rakyat dan sudah pastinya mereka mensasarkan kepada mereka yang dikategorikan sebagai ‘pengundi atas pagar.


Sumber Bersama :

http://www.mykmu.net/?p=29799

No comments:

Post a Comment