Tuesday 30 April 2013

#PRU 13: NAK TAU APA KAITAN PR DGN FREEMASON @ DAJAL?





#PRU 13: KENYATAAN HUDUD PAS YANG PUTAR BELIT



Di saat akhir ini kita dihidangkan kembali dengan skrip yang biasa digunakan PAS pada setiap kali pilihanraya untuk memancing undi : Hudud. Ia bermula kembali apabila DAP menyatakan persetujuan untuk menggunapakai lambang bulan dalam Pilihanraya Umum ke-13 sekiranya SPR tidak membenarkan mereka menggunakan lambang roket (padahal SPR tak pernah pun cakap tak benarkan, ROS pun hanya tidak mengiktiraf keputusan CEC mereka, takde pun mansuh parti ke ape)..

Ini dapat dilihat daripada kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din dalam sidang akbar seperti berikut:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASpercayaDAPsetujuterimahudud/Article/index_html

Walaubagaimanapun, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dengan pantas menolak kenyataan bahawa DAP bersetuju dengan perlaksanaan hudud seperti berikut:

http://klpos.com/politik/55152-karpal-qsetuju-guna-lambang-bukan-bermakna-setuju-hukum-hududq


Harumperlis tertarik untuk menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali mengenai hudud dalam satu sidang akhbar:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/27/pas-komited-teruskan-hudud-walaupun-dap-tidak-setuju/

Tetapi, bagaimanapula kenyataan beliau dalam sidang media di bawah?:



Saksikanlah betapa putar belitnya kenyataan puak-puak nih..Bila tiba pilihanraya, isu HUDUD tidak lain dan tidak bukan hanyalah mainan dan modal politik semata-mata. 

P/s : kepada pencacai-pencacai PR tegar yang masih mendakwa video itu besi, teruskanlah menyokong parti di bawah..hehe






Monday 29 April 2013

Saturday 27 April 2013

#PRU13 : KERAJAAN PRIHATIN, KERAJAAN BERKEBAJIKAN, KERAJAAN HARAPAN SEBENAR RAKYAT.......

Tanggal 23 April 2013 yang lalu, menjadi antara pengalaman buruk rakyat di Negeri Perlis apabila sekali lagi dilanda ribut dan kali ini di sekitar kawasan DUN Guar Sanji dan DUN Pauh.

Sebanyak 85 buah premis di DUN Guar Sanji dan 23 buah premis lagi di DUN Pauh telah mengalami kerosakan akibat bencana ribut petang itu. 




Dalam usaha untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa ribut ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengagihkan bantuan ehsan kepada mangsa ribut pada 26 April 2013 dalam dua sesi berasingan untuk mangsa di DUN Guar Sanji dan DUN Pauh.
Majlis sebelah pagi diadakan untuk mangsa kawasan DUN Guar Sanji, berlangsung di Masjid Jelempok disempurnakan oleh YB Jefperi bin Othman selaku Exco Agama mewakili YAB Menteri Besar Perlis untuk menyampaikan bantuan ehsan bencana ribut.

Para hadirin yang terdiri daripada mangsa ribut kawasan DUN Guar Sanji mendengar amanat dan pesanan Exco Agama, YB Jefperi Othman.

YB Jefperi Othman juga adalah calon BN untuk kerusi DUN N 13 Guar Sanji.

Dato' Seri Shahidan Kassim, calon BN untuk Parlimen P 003 Arau turut sama hadir menjayakan majlis dengan bertemu mangsa-mangsa ribut sambil memberi motivasi supaya tabah dan sabar apabila musibah 







Sesi kedua untuk mangsa ribut di DUN Pauh telah berlangsung di Pusat Khidmat Pauh, diadakan pada sebelah petang.
Calon BN DUN N 11 Pauh, Encik Azlan bin Man juga turut hadir menyaksikan majlis pengagihan bantuan ehsan mangsa ribut DUN Pauh oleh Ku Chik Ku Mat Isa, Timbalan Pengarah JKM Negeri Perlis.

Kesimpulannya, segala permasalahan rakyat adalah didengari oleh para pemimpin ini. Jadi, bukanlah kerajaan ini zalim, kerajaan ini tetap mendengar denyut nadi rakyat.


Tuesday 23 April 2013

PAPAGOMO KANTOI FITNAH


                            http://www.youtube.com/watch?v=sTDWKmuVIjM&feature=youtu.be

Definition of Stupid :
                        Knowing the Truth, Seeing the Truth, Yet still Believing the Lies..
                                                                                                                     are YOU one?


Friday 19 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU 13 : SEMAKIN DEKAT......

Tidak berapa detik lagi, fasa permulaan bagi suatu proses demokrasi akan dilangsungkan di Negara Malaysia tercinta. Tarikh 20 April 2013 merupakan tarikh untuk penamaan calon-calon yang akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti.

Pada saat inilah, bakal-bakal calon akan mematerikan usaha-usaha permulaan proses pilihanraya. Sekiranya tiada apa-apa masalah, maka tercetuslah peringkat berikutnya iaitu proses berkempen.

Oleh yang demikian, sukacita kita mengingatkan kepada semua pihak, baik bakal calon, pencadang, penyokong, jentera dan pengikut-pengikut agar sentiasa terbuka untuk mematuhi setiap peruntukan undang-undang atau peraturan yang digunapakai dalam melancarkan proses penamaan calon esok.

Janganlah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sesama kita. Biar kita berbeza parti, berkaitan fahaman tetapi ingatlah bahawa proses ini adalah ke arah untuk menentukan kestabilan dan masa depan negara.

Jaga hati dan perasan dan banyakkan bersabar semasa penamaan calon esok.

Thursday 18 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU 13 : PAS BALUN ABIH........

Bayangkan. Nama Pakatan Rakyat, tapi duk ada unsur-unsur boikot, pelekeh geng sendiri, sapu sorang-sorang dia. Had dia banyak, besaq dan elok, tapi kalau tengok had partner lepa, ciput, cikit dan cinoni. Terserlah ketamakan PAS dalam PRU kali ini. PAS mau conquer semua KERUSI. Ada tempat yang lepa yakin boleh menang. Jadi, PAS boleh sapu habis......



O




TARIKH MENGUNDI PRU 13 : POLIS PUN PESAN NI......


POLIS BERI AMARAN KEPADA KUMPULAN MAHU JELAJAH KAMPUNG BAWA DAKWAT

KANGAR, 17 April 2013 : Polis memberi amaran kepada beberapa kumpulan yang DIPERCAYAI bercadang menjelajah pelusuk negara ini untuk MENCALIT DAKWAT KEKAL kepada pengundi bagi mewujudkan keadaan tegang semasa PRU 13 nanti.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun kes seumpama itu belum dilaporkan berlaku namun perbuatan itu adalah sesuatu yang serius dan boleh mendatangkan kekecohan pada hari mengundi. "Kita ada terima laporan daripada pihak tertentu mengenai perkara itu dan telah mengenalpasti kumpulan itu, saya minta kumpulan itu supaya jangan melakukan perkara yang boleh mencetuskan huru-hara," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat kawalan PRU13 IPK Perlis.
Turut hadir juga ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan yang juga Pegawai Pemantau Penugasan PRU13 untuk Negeri Kedah dan Perlis serta Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron.
Beliau juga menasihati pengundi supaya JANGAN MEMPERCAYAI DAN MEMBENARKAN mana-mana individu YANG INGIN MENCALIT DAKWAT KEKAL kerana dakwat itu hanya akan dicalit pada hari mengundi sahaja.
Sementara itu Khalid berkata polis Perlis telah mengenalpasti 24 kawasan panas sekitar negeri ini antaranya Beseri, Padang Besar dan Arau.
"Bukan bermaksud akan berlaku kekecohan di kawasan itu tetapi daripada segi konteks calon yang bertanding merupakan mereka yang hebat dan berkemungkinan mencetus suasana panas semasa berkempen," katanya.
Sehubungan itu, Khalid meminta seluruh pengundi di Perlis menjalani tempoh berkempen secara berhemah dan tidak menimbulkan kekacauan.
Khalid berkata proses pilihanraya yang berlangsung hanya empat atau lima tahun sekali ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya untuk mewujudkan kemesraan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama bagi mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya hidup harmoni.
Beliau berkata polis Perlis juga telah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan sebarang ancaman yang berkemungkinan berlaku di negeri yang mempunyai 3 kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri itu.
-BERNAMA

Tuesday 16 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU 13 : PENGUMUMAN



TARIKH MENGUNDI PRU 13 : KESEBELASAN UTAMA

PADANG BESAR

P 001 : Datuk Zahidi Zainul Abidin

N1 Titi Tinggi- Khaw Hock Kong

N2 Beseri- Datuk Mat Rawi Kassim

N3 Chuping- Asmaiza bt Ahmad

N4 Mata Ayer- Khairy Hassan

N5 Santan- Sabry Ahmad



KANGAR

P 002 : Shahruddin bin Ismail

N6 Bintong- Rela Bt Ahmad

N7 Sena- Abd Jamil bin Saad

N8 Indera Kayangan- Dr. Por Choo Chor

N9 Kuala Perlis- Mat Bin Hassan

N10 Kayang- Ahmad Bakri Ali



ARAU

P 003 : Shahidan Bin Kassim

N11 Pauh- Azlan bin Mat (ex TKSU)

N12 Tambun Tulang- Ismail bin Kassim

N13 Guar Sanji- Jafperi bin Othman

N14 Spg Empat- Zulhisham bin Yaakob

N15 Sanglang- Fathul Bahri bin Mat Jahaya

Monday 15 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU 13 : TERCALON KA DAK....?????

Debaran di kalangan pengundi-pengundi di Perlis, masih belum kendur apabila senarai nama bakal-bakal calon BN untuk PRU 13 hanya akan diumumkan esok. Banyak versi yang diterima tetapi biarlah kita sama-sama menunggu pagi esok. Biarlah apa orang nak kata, nak ramal, nak tilik, senarai sebenar sudah ada di tangan Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perlis.

Yang tidak tercalon, janganlah berasa hati kerana survival UMNO/BN adalah objektif utama PRU kali ini. Sokonglah mereka yang telah disenaraikan. Itu lebih penting.

Yang tersenarai, ingatlah bahawa menjadi wakil rakyat pada era ini bukan hanya dengan kata-kata manis. Tetapi, rakyat era millenium ini mahukan lebih daripada itu. Dah menang nanti, jangan sombong.

Yang telah berkhidmat sebelum ini, sekalung penghargaan atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Pastikan kesinambungan tradisi BN dalam membela rakyat sambil menyokong calon yang baharu.

Kepada pengundi-pengundi pula, inilah masanya. Pilih antara masa depan gemilang atau kelam gelemat......

TARIKH MENGUNDI PRU13 : SAPA LAGI BESAQ......????

Mana nak taruk muka ampa ni.....???? Takkan UMNO punya gheja jugak nehh.....
MEMBANGUN BERSAMA DAP

Sunday 14 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU13 : JANGAN BIAR PENGARUH ASING (ARE SINGAPORE?)




Kena beringat la, wahai rakyat Malaysia. La ni, ramai yang duk perati kita dari jauh tapi sebenaqnya depa dekat ja. Lebih lanjut, BACA DI SINI....!!!!

Saturday 13 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU13 : UMNO BUAT TAIK LAGI.....????

Regim ni, dah lama berjaya memcorak pemikiran dan persepsi penyokong mereka, bahawa setiap apa yang tersiar, terdedah, terbocor adalah kerja UMNO. Waima, hujan turun ayaq naik pun, disalahkan UMNO. Tak sedaq yang longkang depan dan belakang rumah penuh sampah yang dia tauk.

Buat la apa pun, UMNO salah. Buat jalan, salah UMNO. Korek longkang clear sampah, salah UMNO. Bina masjid, salah UMNO. Jaga keselamatan negara pun, salah UMNO. Jahat UMNO ni. Zalim......

Biaq pi ke depa. Koi koi keluaq jugak agenda-agenda rahsia dan tersirat puak-puak depa ni yang gila berangan nak ke Putrajaya. Selama ini, kita semua dikaburi dan dikelabukan mata, kesan daripada jubah dan kopiah puak-puak. Merekalah yang baik, merekalah yang 'alim. Solat depa sahaja ada pahala. Depa ja yang berjihad. Depa ja jaga kebajikan rakyat. Astaghfirullah..... Jahatnya UMNO. Jahilnya UMNO. Sia-sia buat haji di Mekah puak UMNO ni.

Doakan sahaja supaya diberikan kebaikan semua pihak ni. Teliti sahajalah apa yang meletup baru-baru ni. Tenung-tenung, tilik-tilik, teliti-teliti apa yang dah jadi......

Maklumat lanjut, layari 


TARIKH MENGUNDI PRU13 : TOLONG 'SERANG' PADA 5 MEI NANTI..... SAPA?

Mohon semua makhluk yang cintakan keamanan, jika betullah sebagaimana yang didedahkan dalam blog 'mymassa.blogspot', maka ampa semua bertindak untuk sekat puak-puak ni. Jangan bagi 'chan'. Perkara ini sudah melampau. Biar Malaysia sendiri tentukan apa yang terbaik untuk negara sendiri. 


PENDEDAHAN MYMASSA


GEMPAR #GE13 : Pendedahan Bekas Naib Pengerusi DAP Sahkan Latihan 'Pengkhianat' Di Negara Jiran.


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz dedahkan rancangan jahat parti pembangkang dan NGO B****H yang mahu mewujudkan kekacauan semasa hari pengundian. Menurut beliau lagi, simulasi untuk mewujudkan kekacauan ini telah dilakukan di beberapa tempat.





Mengimbau kembali pada Jun 2012, MyMassa dan AIDC pernah mendedahkan persediaan B****H di negara jiran untuk mewujudkan kekacauan melalui PACABA di negara tersebut.

Namun pihak B****H menggunakan akta yang diwartakan di Amerika Syarikat (The Digital Millennium Copyright Act (DMCA)) untuk menghalang pendedahan MyMassa. Oleh yang demikian, artikel tersebut terpaksa ditarik balik kerana mempunyai gambar dari laman FB yang terbabit.

MyMassa berterima kasih kepada akhbar Utusan kerana sempat memaklumkan kepada rakyat Malaysia melalui artikel berikut :





Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!


Oleh Zaini Hassan
BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

Saya berharap pendedahan itu tidak akan disembunyikan oleh pihak berkuasa, tetapi didedahkan dan dibongkarkan kepada pengetahuan umum. Malaysia sering kali mahu menjaga hati orang lain, jiran-jiran tetangga, kononnya atas semangat serantau ASEAN, tetapi negara lain sering kali tidak mengendahkannya. Malaysia pada dasarnya cukup baik dengan jiran-jiran.

Namun dengan pendedahan blog itu, jika benar, maka ia adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Jikalau ia benar, Kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan ia berterusan. Saya hairan mengapa kerajaan yang dimaksudkan tidak respons pun kepada pendedahan oleh mymassa itu yang kini telah menjadi bacaan umum.

Menurut pendedahan itu bertajuk: BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT S******** DIDEDAHKAN. Ia boleh baca di sini: http://mymassa.blogspot.com. Ia turut mendedahkan nama-nama diplomat negara itu.

Selain itu, blog itu turut mendedahkan satu lagi perbuatan oleh negara jiran berkenaan yang dikatakan cuba mengucar-kacirkan pilihan raya negara ini dengan kononnya, melatih rakyat negaranya terlibat dalam proses pilihan raya negara ini. Saya kurang pasti bagaimana caranya ia akan dilakukan, tetapi satu lagi pendedahan dari fail wikileaks itu juga cukup memeranjatkan.

Gambar-gambar turut didedahkan menunjukkan belia-belia negara itu dilatih mengenai proses pilihan raya negara ini. Pendedahan itu bertajuk: Wikileaks : Gambar Persediaan S******** Mengkucar-kacirkan Pilihan Raya Malaysia. Ia boleh dibaca di sini: http://mymassa.blogspot.com juga.

Maaf, saya tidak tahu benar atau tidak maklumat ini. Biarlah pihak berkuasa menyiasatnya dan kita juga mahu mendengar penjelasan daripada kerajaan negara itu.

Berikut ialah antara petikan daripada blog itu:

Akhirnya AIDCNews mendedahkan tiga nama diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita. (Cuit tidak akan mendedahkan nama-nama itu. Baca sendiri dalam blog itu).

Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil duta negara tersebut dan menghantar nota bantahan.

Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan S********. Campur tangan secara terang-terangan yang dilakukan oleh para diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!

Dahulu kita ada Singa UMNO Allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga Allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan DAP. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan S********.

Jika tiada sesiapa membuat bantahan, S******** akan kata macam-macam. S******** akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan *** di atas sedang mengkursus sukarelawan *** untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com.

Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika diplomat-diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?

Saya berhenti di sini dulu.

Jika benarlah pendedahan itu, saudara-saudara fikir-fikirlah sendiri mengapa mereka ini terlalu mengidamkan Malaysia yang indah, makmur dan sejahtera ini.


MyMassa harap rancangan jahat pihak-pihak yang mahu mewujudkan kekacauan di negara yang tercinta ini gagal. Jika sebelum ini mereka menafikan, tetapi kali ini perkara ini didedahkan oleh bekas pemimpin pembangkang sendiri! Kalau tuduhan Tunku Aziz tidak benar, mengapa pembangkang tak saman beliau?

Friday 12 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU13 : EDISI TOLAK BALA

Ya Allah Ya Tuhanku......
Jauhkanlah kami daripada bala dan bencana....
Peliharakanlah Negara kami agar sentiasa aman tenteram.....
Berikanlah petunjuk dan hidayah kepada pemimpin kami......
Amin Ya Rabbal 'alamin....

Wednesday 10 April 2013

TARIKH MENGUNDI PRU13 : DAP & PKR DIPERKECIL-KECILKAN OLEH PAS DI ARAU




TARIKH MENGUNDI PRU13 : BANGKIT LA SHEIKH........

Awai-awai dulu, masa duk tunggu DS Najib umum tarikh bubar, sampai jadi lagu ni la........


La ni, dah umum dah sat-sat, bila tarikh nak penamaan calon, bila tarikh nak mengundi, ada lagi duk lentang, baiiikkkkk punya...... Amboi...!!! Mimpi dapat jadi calon ka....???? Mangkit la.....

IKATAN AMPUH ANTARA PEMBANGKANG

bersatu? sepakat? berpakat? LUCU! 

IDEOLOGI PARTI - BERBEZA

- bertanding dalam 3 parti berbeza - tidak didaftar sebagai satu parti-

BERBEZA- 1) Fundamental 
               2) Hala Tuju
                   3) Dasar Induk

Kelebihan Pakatan rakyat : Tabiat Buruk Pemimpin

Rakyat tidak peduli! kerajaan perlu diubah!! Bukan rakyat percayakan pakatan rakyat. tapi rakyat kecewa dengan barisan nasional. jadi?? mereka ingin tukar?? TUKAR??!! JANGAN!!! 

rakyat kecewa -  beri peluang pada pembangkang -  untuk perubahan- berubahan untuk apa??

perubahan yang rakyat mahu untuk kebaikan atau untuk keburukan??

sedangkan kita tahu.. parti yang dipilih menggantikan kerajaan itu oleh rakyat itu gagal menunaikan janji-janji mereka sebelum ini. manifesto mereka yang kononya bukan janji itu..terang-terang menunjukkan itu bukan janji..sekadar satu senarai dalam kertas yang akan tiba tarikh luputnya. masih ingin berikan kepercayaan kepada mereka yang tidak kotakan janji?? masih mahu ingin cuba?? CUBA?? 

JANJI LAMA ENTAH KEMANA.. JANJI BARU MENYUSUL DENGAN SERIBU TANDA TANYA  MAMPU DILUNAS ATAU TIDAK.. MASIH MAHU CUBA???

Rakyat akan terus dibela oleh barisan kebangsaan. Kesilapan lama boleh diubah. Kegagalan lama boleh dibaiki. Berikan mandat kepada mereka yang tunjukkan prestasi yang baik. Sekurang-kurangnya mereka telah bukitkan mereka berjuang untuk rakyat!

segala-galanya untuk rakyat! Dan masih bersatu utnuk rakyat.

Mereka perlukan undi rakyat untuk terus memimpin dan beri perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

teruskan menyokong barisan nasional!!


DILEMA KERUSI

AL-KISAH PAS DAN KERUSI

musim panas pilihanraya ini berlangsung dengan fenomena yang tidak pernah dijangka oleh rakyat. PAS kelihatan sangat menginginkan kerusi tanpa memberi peluang kepada ahli parti pakatan yang lain. 

TAMAK @ TIDAK YAKIN PARTI LAIN??

TERKINI : PAS tetap pertahankan percalonan 76 kerusi parlimen dan 237 kerusi dun seluruh Malaysia pada pilihanraya umum ke-13 ini walaupun terdapat ura-ura pertindihan beberapa kerusi dengan calon pakatan yang lain.

PENDIRIAN TETAP : Pendirian tetap PAS ini sangat menakjubkan dan menyatakan dengan tegas bahawa tidak akan ada kerusi yang bakal dilepaskan. Ini jelas menunjukkan parti PAS ini yakin dapat mengekalkan kemudahan dan sekaligus menunjukkan PAS tidak yakin dengan parti pakatan yang lain.

KONFLIK : Tindakan PAS ini membuatkan PKR berusaha membuat rundingan supaya PAS sedia lepaskan kerusi atas dasar sepakatan.

Jelas berlaku pertembungan 3 penjuru akibat dari perebutan kerusi.

permainan apakah ini?? sepakat apakah begini?? dalam diam-diam masing- masing tidak mempercayai antara satu sama lain. 


nape??tak percaya?? 

wajarkan memberi mandat kepada mereka yang dipersoalkan kewibawaan mereka sebagai pentadbir kelak??

Teruskan berfikir..jangan silap mengundi!
 

ANWAR @ PARTI : PILIH ??!!!

Undi Anwar ataupun undi Parti?? 


RAKYAT JANGAN TERUS BUTA UNTUK PILIH ANTARA ANWAR DAN PARTI

Persoalan : Undi Anda untuk calon atau untuk Parti??

Sila Jawab! Pakai Otak!

Anwar Ibrahim Menjadi calon yang panas hasil gimik dan juga pelbagai kontroversi yang dilakukan.

FENOMENA YANG JELAS KINI :  pengundi memilih CALON

Berdasarkan pemerhatian, jelas pengundi kini lebih melihat calon untuk diundi bukan parti untuk mentadbir

Contoh : Pengundi Di kawasan panas seperti Permatang Pauh mengundi Anwar Ibrahim kerana ke'popular'an beliau dan juga atas simpati kepada beliau. 

Atas Alasan : Jika dulu dibayangi dengan kisah sedih dipenjara dan di kasari di penjara dan undi simpati yang diperolehi yang berjaya memenangkan isteri beliau walaupun ketika itu beliau di penjara namun kini undi simpati ini akan dapat dipatahkan apabila Anwar Ibrahim cuba melibatkan dirinya dengan isu-isu tenat seperti Liberalisme agama dan LGBT yang melonjakkan nama beliau. 

fenomana kini : Atas isu baru yang cuba dikaitkan, pengundi kini bijak menilai bahawa pemimpin seperti ini mempunyai langkah songsangnya sendiri yang sukar diyakini dapat mengatur perjalanan bukan sahaja perjalanan dirinya sendiri namun perjalan sebuah kerajaan yang besar.

PENGUNDI TIDAK BODOH!!

Mengapa?? Tentu anda tidak bodoh bukan! anda celik mata dan hati -  anda terbuka minda dan pandangan - anda jelas mendengar - bebas bersuara- lincah bersuara- jadi?? masih buta? tuli?? TIDAK BUKAN!!

nasihat untuk anda wahai pengundi bijak : Jangan BUTAKAN mata anda, jangan TULIKAN telinga anda, jangan CACATKAN langkah anda, jangan KOSONGKAN minda anda dengan segala apa yang anda tahu tentang pemimpin yang anda 'kagumi'ini. Nyata segala yang berkaitan dengan beliau adalah sesuatu yang buruk untuk negara. kita TIDAK perlukan pemimpin seperti beliau.

JANGAN BERHENTI!! teruskan membaca dan mencari kebenaran.. JANGAN SESEKALI PEKAKKAN TELINGA. jadi pengundi yang bijak

tindakan bijak pengundi : absorb information - analysis information- confirm information :  decide!!

SAY NO TO ANWAR IBRAHIM!!