Thursday 31 January 2013

#RCI SABAH : JOM MAIN SOROK-SOROK.........


Berita Mengenai RCI Yang Cuba Disorokkan Oleh Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Seramai 446,219 Pati Diusir Dari Tahun 1990 
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu 446,219 pendatang tanpa izin di negeri ini telah diusir antara 1990 sehingga semalam.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata mereka terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara.

Saksi kelima yang dipanggil semula memberi keterangan pada prosiding hari keenam itu berkata pada Januari tahun ini sahaja, 870 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing.

Kepada soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, saksi itu berkata sehingga semalam 3,741 pendatang tanpa izin dari Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara telah ditahan di tiga buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di bawah seliaan Pasukan Petugas Khas itu.

Beliau berkata 1,899 pendatang tanpa izin ditahan di PTS Papar, PTS Sibuga (683) dan 1,159 di PTS Tawau. Suhami juga berkata pasukan itu membelanjakan RM72 juta bagi menjalankan aktiviti di skim-skim penempatan di negeri ini sejak 1990 hingga sekarang.

Saksi itu juga diminta menjelaskan peranan Pasukan Petugas Khas itu antaranya bertanggungjawab ke atas pendaftaran pendatang luar negeri di Sabah dan Labuan.

Beliau juga berkata pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menangkap dan menahan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen manakala pengusiran dilakukan oleh Jabatan Imigresen.

Katanya pasukan itu juga terlibat dalam memberikan dokumen iaitu sijil banci kepada pelarian Filipina di skim penempatan, yang datang ke Sabah kerana peperangan di negara mereka.

Beliau berkata pelarian yang diberikan sijil banci ini mesti memegangnya pada setiap masa dan ia boleh digunakan untuk memohon kad IMM-13 iaitu dokumen sementara
.

Monday 28 January 2013

#RCI SABAH : MULUT ORANG PAYAH JAGA........


KENA TIPU HIDUP-HIDUP.........!


Isu Kad Pengenalan dan kebanjiran pendatang asing di Sabah adalah satu bentuk peng"komersial"an Kad Pengenalan. Kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan TIDAK WUJUD apa yang dikatakan 'Projek IC oleh JPN' ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ialah SINDIKET yang dibuat oleh individu-individu tertentu di Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya sudah lama bermastautin di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya mereka boleh mendapatkan  IC dengan cara mudah.

Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.

Sangat jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Dapat dilihat, Isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah.
#credit to anybody.....