Thursday 31 January 2013

#RCI SABAH : JOM MAIN SOROK-SOROK.........


Berita Mengenai RCI Yang Cuba Disorokkan Oleh Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Seramai 446,219 Pati Diusir Dari Tahun 1990 
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu 446,219 pendatang tanpa izin di negeri ini telah diusir antara 1990 sehingga semalam.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata mereka terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara.

Saksi kelima yang dipanggil semula memberi keterangan pada prosiding hari keenam itu berkata pada Januari tahun ini sahaja, 870 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing.

Kepada soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, saksi itu berkata sehingga semalam 3,741 pendatang tanpa izin dari Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara telah ditahan di tiga buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di bawah seliaan Pasukan Petugas Khas itu.

Beliau berkata 1,899 pendatang tanpa izin ditahan di PTS Papar, PTS Sibuga (683) dan 1,159 di PTS Tawau. Suhami juga berkata pasukan itu membelanjakan RM72 juta bagi menjalankan aktiviti di skim-skim penempatan di negeri ini sejak 1990 hingga sekarang.

Saksi itu juga diminta menjelaskan peranan Pasukan Petugas Khas itu antaranya bertanggungjawab ke atas pendaftaran pendatang luar negeri di Sabah dan Labuan.

Beliau juga berkata pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menangkap dan menahan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen manakala pengusiran dilakukan oleh Jabatan Imigresen.

Katanya pasukan itu juga terlibat dalam memberikan dokumen iaitu sijil banci kepada pelarian Filipina di skim penempatan, yang datang ke Sabah kerana peperangan di negara mereka.

Beliau berkata pelarian yang diberikan sijil banci ini mesti memegangnya pada setiap masa dan ia boleh digunakan untuk memohon kad IMM-13 iaitu dokumen sementara
.

No comments:

Post a Comment