Sunday 27 January 2013

HERO MALAYA DAH BALIK..........

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telahpun selamat kembali ke Malaysia setelah hampir seminggu berada di luar negara. Sepanjang berada di luar negara, YAB PM telah berada di bumi Gaza, Mesir dan juga Davos untuk melaksanakan hasrat Kerajaan Malaysia di sana. 

Tetapi, apa yang sangat menarik perhatian, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejakkan kaki ke bumi bergolak Gaza untuk menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin di samping menjadi saksi akan kemusnahan kehidupan rakyat Palestin akibat kerakusan Israel zionis laknat.

Di dalam ucapan sejurus tiba di KLIA, antara pesanan YAB PM ialah keadaan di Palestin bukan hanya merujuk kepada umat Islam sahaja malah isu ini sebenarnya merentas semua agama dan bangsa di muka bumi.

Jelaslah, usaha YAB PM ini harus membuka mata semua pihak bahawa Palestin tidak sepatutnya dibiarkan berseorangan dalam menangani konflik tetapi perlulah diberi perhatian dan bantuan sewajarnya supaya rakyat Palestin dapat menikmati hidup merdeka.

YAB PM = HERO MALAYA 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment