Wednesday 23 January 2013

SALAM MAULID AR-RASUL 1434H/2013M

Wasotiyyah Tunggak Kesatuan Ummah

Mengekalkan kesatuan dan perpaduan di dalam umat Islam umat Nabi Muhammad S.A.W. juga merupakan satu ibadah yang sangat dituntut di dalam ajaran agama Islam ini.

Kesepaduan dan kesepakatan umat menghasilkan kekuatan jemaah Islam itu sendiri tetapi mutakhir ini jemaah semakin celaru, semakin berpecah-belah seterusnya menghakis ciri-ciri kesatuan umat sebagaimana yang sering dipesan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Jemaah yang tidak bersatu memungkinkan kemasukan anasir-anasir tidak sihat yang mampu mencetuskan persepsi-persepsi negatif di kalangan jemaah.

Anasir ini menyusup masuk dalam pelbagai keadaan dan kaedah sehinggakan tanpa disedari pemecah-belah  ini seolah-olah datang dari dalam.

Jadi, ingat dan sedarlah bahawa menanam bibit-bibit prasangka negatif sesama umat tidak membawa sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak selain meluaskan lagi dakyah sang kafir untuk menguasai umat akhir zaman ini.

Rasulullah menyampaikan pesan kepada kita bukanlah untuk kita sebagai muslim akhir zaman sekadar 'MENUNGGU DAN MELIHAT' tetapi melakukan persiapan yang sepatutnya supaya musibah itu boleh dielak dan juga dibanteras daripada berlaku.

No comments:

Post a Comment