Saturday 29 March 2014

#KETEMUKANMH370 : BANYAK KERJA BERFAEDAH LAIN BOLEH BUAT.....

SIMULASI STIMULASI OPERASI

Isteri : 
Awai Abiang bersiap pagi ni, nak pi mana....??

Suami : 
Abiang ada tugas khas, kena selesai cepat sementara kapai terebang tu tak jumpak lagi.....

Isteri : 
Amboii...!! MAS panggey Abiang tolong depa nak caghi MH370 ka.....?? Seronoknya, nanti Abiang boleh gelemer..... Tak pa, Abiang pi la lekaih.....

Suami : 
Ya la, nanti habaq kat depa sama, duit tabung yang baru kutip malam tadi, pi hantaq lekaih, nanti depa nak guna......




Thursday 27 March 2014

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 1435H / 2014M #MH370



Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 1435H/2014M, dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Perlis, di Dewan Warisan, Kangar. Berangkat hadir sama, DYMM Raja Perempuan Perlis, DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis serta diiringi YAB Tuan Azlan Man, Menteri Besar Perlis dan isteri.


Seramai 4 orang Qari dan 4 orang Qariah akan memperdengarkan bacaan masing masing malam ini.

Dengarkan secara langsung di PerlisFM 102.9

KETEMUKAN KEMBALI #MH370

Tuesday 25 March 2014

#MANAMH370?



Satu dunia
Menanti-nantikanmu.....

Satu dunia
Merasai kehilanganmu.....

Satu dunia
Sedang berdukacita.....

Satu dunia
Sedang bersedih.....

AL-FATIHAH
#manaMH370?

(nukilan : Lill Liana Kee @ www.facebook.com/lillliana.kee )

#KETEMUKANMH370





#ALFATIHAHUTKMH370 : KEPERITAN TIADA TOLOK BANDING





AL-HAQ (YANG SATU)

Ya Allah
Berikanlah daku petunjuk
Agar bisa ku meneruskan hidup
Agar bisa ku berjalan di jalan yang lurus

Andainya ku bisa putarkan saat waktu
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu
Andainya ku pernah melukakan hatimu
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu
Segala-gala suka dan duka
Tak pernah dapat ku lupa
Daku manusia biasa
Dibawa dosa pahala
Hidup di dunia cuma sementara
Janganlah leka jangan terpedaya
Antara kaca dan juga permata
 
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada yang satu
PadaMu aku mengadu
Allah yang satu
Mohon petunjuk dariMu
berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu
 
Ya Allah
Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu

Ya Allah
Ya Allah
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti
 
Andainya ku bisa hidup seribu tahun lama lagi
Ku kota kata-kata yang telah ku janji
Andainya ditakdirkan esok aku pergi
Susun sepuluh jari memohon diampuni
Janganlah bersedih berduka
Berjumpa di sana semula
Kembali kepada pencipta
Di ruang yang luas terbuka
Pintu syurga dan neraka
Betapa kau bersedih berduka di jiwa Gelora di dalam dilema menanggung derita
 
Ku bersujud padaMu
Berdoa pada yang satu
PadaMu aku mengadu
Allah yang satu
Mohon petunjuk dariMu
berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu

Ya Allah
Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu

Ya Allah
Ya Allah
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti
 
Allah Akbar 
Allah yang Maha Besar
Mari memuji memuja
Maha Kaya Berkuasa
Ampunilah segala dosaku yang lalu
 
Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi izrafil
Fi a'mami bismillahi izrail

Wednesday 12 March 2014

#PRAY4MH370 : HOW WILL I KNOW......??

#PRAY4MH370 : PATUT TAK NAMPAK-NAMPAK

#PRAY4MH370 : TOLAK BENDA-BENDA SYIRIK / KHURAFAT / TAHYUL

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik-  tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.  

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014


Saturday 8 March 2014

#PRAY4MH370 : BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.....

Imej Boeing 777-200 sekadar hiasan

Berikut adalah ulasan pakar dan bijak pandai berkenaan tragedi MAS MH370

JAWAPAN UNTUK PENCACAI PAKATAN YANG GALAK MENYALAHKAN MAS DAN KERAJAAN ATAS KELEMBAPAN MEMBERIKAN MAKLUMAT MH370

"Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pencacai Pakatan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1. Penumpang pelbagai negara
Kita perlu ingat bahawa di dalam pesawat MH370 tersebut terdapat  kewarganegaraan lebih daripada 15 negara, dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masig-masing. Mungkin, sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, turut menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini.

2. Hubungan Diplomatik
MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain, 'lain tempat, lainlah cara penyampaian' jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 negara
Misi mencari dan menyelamat telahpun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370. Manakala, China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan dan Amerika Syarikat juga telah menghantar bantuan kapal penyelamat ke perairan terbabit. Bayangkan keadaan apabila misi menyelamat digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab 'kehilangan' MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan insiden telah berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara beberapa negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula. 

5. MAS tetap dihatiku
Kali terakhir MAS mengalami 'major accident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang, Johor melibatkan 100 nyawa terkorban. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major accident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas. Walau secanggih manapun sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil tetap boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. 

Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku."

Kata kunci : 
Hubungan Bilateral, Diplomasi, Misi Menyelamat

Sintok.....

#PRAY4MH370 BREAKING NEWS


Below is the GCEO’s Statement at the Press Conference 1, 11:00am, KLIA.

MH370 INCIDENT
 
 
Ladies and Gentlemen, we are deeply saddened this morning with the news on MH370.
 
Malaysia Airlines confirms that flight MH370 had lost contact with Subang Air Traffic Control at 2:40am, today.
 
There has been speculation that the aircraft has landed at Nanming.
 
We are working to verify the authenticity of the report and others.
 
Flight MH370 was operated on a Boeing 777-200 aircraft.
 
It departed Kuala Lumpur at 12:41 am earlier this morning bound for Beijing.
 
The aircraft was scheduled to land at Beijing International Airport at 6:30am local Beijing time. 
 
The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members.
 
The passengers were of 14 different nationalities - citizens from:-
 
1.    China – 152 plus 1 infant
2.    Malaysia - 38
3.    Indonesia - 12
4.    Australia - 7
5.    France - 3
6.    United States of America – 3 pax plus 1 infant
7.    New Zealand - 2
8.    Ukraine - 2
9.    Canada - 2
10.  Russia - 1
11.  Italy - 1
12.  Taiwan - 1
13.  Netherlands - 1
14.  Austria - 1
 
This flight was a code share with China Southern Airlines.
 
We are working with authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.
 
Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.
 
The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365hours. He joined Malaysia Airlines in 1981.
 
First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.
 
Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize its full support.
 
Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.
 
The airline will provide regular updates on the situation.
 
The public may contact +603 7884 1234.
 
For media queries, kindly contact +603 8777 5698/ +603 8787 1276.
 
Please also log on towww.malaysiaairlines.com for updates.

Friday 7 March 2014

#ANWARGOYANG : TANYA SAMA POKOK VERSI KAJANG (PART 1)

BERITA TERGEMPAR:

Baru sat-sat diterima dari Penjara Kajang dan Sungai Buluh.

Semua banduan kedua-dua buah penjara tersebut, telah menghantaq memorandum bantahan kepada YAB PM supaya sumbat Anwar Ibrahim ke penjara lain, kerana depa risau keselamatan depa mungkin terancam, seriau kalau Anwar ada, masa depa tengah mandi dan jugak terjatuh sabun.....