Friday 3 May 2013

#PRU 13 : 'TOP GUN' TURUN PADANG...........

Hari ini, 3 Mei 2013, Pauh, Perlis dikunjungi dengan orang besar-besar dari Putrajaya. Mereka yang hadir termasuklah YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Tajuk program ialah Program Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Rakyat. Antara pengisian program termasuk penyampaian sumbangan dan bantuan kepada golongan peladang, petani, pesawah, penternak serta usahawan industri asas tani. Selain itu, pengunjung juga turut menerima 'buah tangan' berupa anak ayam, benih pokok kelapa dan durian selain agihan buah-buahan tempatan. Program yang menyasarkan kepada masyarakat luar bandar ini mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 1,500 orang pengunjung hadir ke program ini. Semoga program ini mampu memberikan kesan positif kepada pihak Kerajaan yang berusaha untuk memenuhi hasrat masyarakat dalam pelbagai program transformasi.
























No comments:

Post a Comment