Saturday 30 June 2012

JAGA RUMAH BAIK-BAIK SEBELUM APA-APA BERLAKU.......


SIAPAKAH PIHAK YANG ANTI KERAJAAN DAN MENGGUNAKAN NAMA PRO-DEMOKRASI dalam Malaysia kalau bukan parti pembangkang serta NGO macam BERSIH atau SUARAM?

Apabila sorang ahli lama blogger tanya, "awat media siber Kerajaan tak boleh lawan kekuatan siber pembangkang masa BERSIH 3.0 pasai jumlah like dan dislike untuk video satira politik hasil artis tempatan", sebenaqnya masa tu kan, blog MyMassa dah ada jawapan. Yang menaikkan rating video tu, bukannya sibertrooper tempatan pembangkang tetapi depa dapat bantuan asing. Kalau sibertrooper pembangkang begitu hebat, awat video tu ja ada jumlah dislike yang begitu banyak?

Toksah lupa, yang puak aktivis anti Kerajaan tu join dengan pro demokrasi yang dilatih Amerika mempunyai program komputer yang boleh mencipta fake account (akaun palsu) dengan pantas. Tak heran la pasai pa jumlah like komen-komen siber trooper pembangkang di Malaysiakini banyak. Bukan rakyat Malaysia suka komen tersebut tetapi mereka menggunakan fake user untuk mewujudkan persepsi bahawa rakyat Malaysia bencikan Kerajaan. Kalau program yang canggih macam tu pun mereka ada, apalah sangat dengan hack menghack ni.

Kepada pengamal siber semua terutamanya yang tengah top, harap anda berhati-hati untuk menjaga akaun ampa. Ampa mungkin mangsa kendiannya........

No comments:

Post a Comment