Tuesday, 31 July 2012

PESANAN PENAJA RANCANGAN.......


Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Antaranya :-

1. Jual beli tanah

Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang sial

Modus operandi:
Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri

Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)

Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

MENJUNJUNG KASIH TUANKU



Organisasi ketenteraan sentiasa dipandang positif melalui integritinya

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pegawai dan anggota tentera di semua peringkat perlu berintegriti bagi membina jati diri dan personaliti selain memastikan organisasi sentiasa dilihat positif oleh rakyat.

Baginda bertitah, integriti juga dapat menghindari mana-mana individu daripada mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi kelemahan sedia ada dalam organisasi bagi tujuan peribadi.

Bertitah kepada pegawai dan anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah malam tadi, baginda berharap kelangsungan elemen kepercayaan dan kesetiakawanan dalam pasukan akan terpupuk kukuh melalui integriti. 
- DIPETIK DARIPADA BERNAMA


DEPA KATA.......




Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.  
    
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan. 
    
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud. 
    
Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul. 
    
Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. 
    
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.  
    
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.

Pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan PAS bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita."

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya.

Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.

Monday, 30 July 2012

PAS AKAN BERSARA DARIPADA POLITIK MALAYSIA......?



Banyak pihak meramalkan hubungan Pas dengan DAP hanya menanti masa retak mencari belah. Sejak penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah antara PAS, Semangat 46 dan BERJASA, pucuk pimpinan PAS seperti NIk Aziz dan Hadi Awang tidak mahu duduk semeja dengan DAP untuk menubuhkan barisan pembangkang menentang UMNO/BN.

Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain pemimpin  PAS menganggap DAP parti perkauman Cina dan anti-Melayu dan anti Islam. Kononnya,PAS waktu itu memperjuangkan Negara Islam dan pro-Melayu. Dengan demikian, mudahlah PAS bekerjasama dengan Semangat 46 untuk menubuhkan barisan pembangkang.

Sejak  PAS berkuasa di Kelantan atas kerjasama dengan Semangat 46, Nik Aziz, sebagai Menteri Besar, memperlihatkan keangkuhannya hingga menimbulkan perpecahan antara  PAS dengan Semangat 46. Orang Kelantan didongengkan dengan “fatwa” songsang kononnya “undi Pas masuk syurga”.

Selepas 21 tahun menguasai Kelantan, PAS menjadi mabuk kuasa untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam menumbangkan UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.

Umum mengetahui ketiga-tiga parti ini mempunyai idelogi yang berlainan.  PAS, walaupun diketahui menyeleweng dari perjuangan Islam, tetap mendabik dada mereka masih parti Islam dan ingin menegakkan Negara Islam dengan hudud sebagai tarikan politik  untuk menipu orang Melayu sepertimana mereka lakukan semenjak  Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990.

PAS juga hendak menipu DAP kononnya mereka tidak lagi berminat menubuhkan Negara Islam. Kononnya mereka sudah bertukar “kiblat” daripada Negara Islam menjadi Negara Kebajikan pula. PAS menganggap tentulah DAP akan menerima baik “transformasi” ideologi daripada Negara Islam kepada Negara Kebajikan sesuai dengan perjuangan DAP untuk melaksanakan Malaysian Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 nanti. Untuk meyakinkan DAP lagi,  PAS juga sanggup menolak ketuanan Melayu seperti PKR juga untuk membuktikan setiakawan antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Malangnya, PAS tidak dapat mempengaruhi DAP bahawa ia tidak berminat lagi memperjuangkan Negara Islam. Berkali-kali DAP, melalui Karpal Singh, berkata DAP tidak akan menerima gagasan Negara Islam ala Pas. “Langkah mayat aku dulu untuk menerima Negara Islam”, demikian Karpal Singh berkata dengan angkuhnya.

Walau pun Nik Aziz berpeluk-pelukan dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, namun dua beranak tersebut tetap menolak gagasan Negara Islam ala  PAS. Ini soal dasar perjuangan DAP yang bertentangan sekali dengan perjuangan PAS yang boleh sorong tarik menurut perubahan iklim politik dan kepentingan. DAP sedar PAS mahu mengemis sokongan kaum Cina untuk memenangkan calon-calonnya kelak sekiranya terdapat calon-calon PAS di kawasan-kawasan campuran antara berbagai kaum.

Lim Kit Siang masih tidak lupa, peristiwa Nik Aziz dan PAS  tidak mahu bekerjasama dengan DAP oleh kerana PAS mendapat Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46 mempunyai banyak pengaruh di Kelantan. Hari ini, Nik Aziz sanggup melondeh serban untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat kerana Pas mempunyai muslihat politik tertentu iaitu untuk mendapatkan sokongan DAP supaya memberi peluang kepada Pas bertanding di beberapa kawasan campuran berbagai kaum.

Sebenarnya, DAP tidak memerlukan sokongan  PAS pun kerana mereka hanya bertanding di kawasan bandar, yang mana kaum Cina merupakan golongan majoriti. PAS yang terhegeh-hegeh hendak bekerjasama dengan DAP hingga sanggup menghapuskan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi Negara. PAS seperti 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' untuk mengemis simpati dan sokongan DAP hingga sanggup memperjudikan bangsa dan agama.

Kini, sudah timbul kegelisahan di kalangan ahli-ahli PAS  bahawa pengaruh parti itu di kalangan Melayu semakin merosot. PAS dianggap sudah menjual agama dan bangsa oleh kerana bernafsu hendak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Banyak mahu PAS kembali menghidupkan semula hudud dan Negara Islam untuk meyakinkan umat Melayu bahawa PAS tidak berganjak mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.

Kalau desakan di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS semakin lantang untuk kembali menghidupkan hudud dan penubuhan Negara Islam, apakah Nik Aziz dan Hadi Awang akan  patuh pada tuntutan ahli-ahlinya? PAS  semakin serba salah dan caca-marba. Mereka sudah terjebak dalam perangkap Anwar dan DAP yang dianggap anti-Melayu, anti-Islam dan Raja Melayu.


Apakah orang Melayu akan kembali menyokong PAS? Tidak mungkin. PAS sudah jauh menyeleweng daripada perjuangan Islam sejak Nik Aziz dan Hadi Awang menguasai parti itu. Kini, mereka dianggap sebagai alat kepada DAP dan PKR. Sekiranya PAS bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat sebelum PRU 13, besar kemungkinan PAS tidak akan dapat menambahkan kerusi Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen seperti sekarang. Banyak pemerhati politik meramalkan PAS hilang kuasa di Kelantan yang menjadi kubu kuatnya sejak Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

GERGAJI SAMA JA..........

Wallahu'aqlam bisawaf.......


BOSSAAANNNNNNNN.......

Beri aku tanda bilakan berakhir 
Mainan silapmata 
Tangan seni tukang sihir 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani nafsumu

Kau sedang tertawa 
Bermain benangmu 
Sedang maharani menangis 
Menonton kisah penyu 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani angan-anganmu 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani angan-anganmu 

Kau masih bermimpi 
Bersanding di pelamin 
Duda tiga kali 
Masih nak jadi pengantin 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani wayangmu
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Perlu perubahan perlu keadilan 
Perlu memahami erti keindahan 
Kurangkan cengkaman 
Jangan pergunakan 
Semoga aman

Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani angan-anganmu 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani wayangmu

Perlu perubahan perlu keadilan 
Perlu memahami erti keindahan 
Kurangkan cengkaman 
Jangan pergunakan 
Semoga aman

Sedang maharani menangis 
menonton kisah penyu 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani angan-anganmu 
Aku dah bosan
Aku dah bosan
Aku dah bosan melayani wayangmu