| Ada berani......??? |
Friday, 10 August 2012
Tuesday, 31 July 2012
PESANAN PENAJA RANCANGAN.......
Penipuan sering
kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan
semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik
atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk
menipu..
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal
pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah
kolar putih. Antaranya :-
1. Jual beli tanah
Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi
dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah
berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan
geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya
menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu
selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang
lain.
2. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan
Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej
haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat
bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu
selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan
perjalanan.
3. Bomoh buang sial
Modus operandi:
Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan
mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi.
Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran
ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan
bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan
ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman
atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan
kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan
bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran
atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya
mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan
menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang
kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan
bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta
menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan
bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk
mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.
Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri
Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka
memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa
dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta
mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah
kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka
dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar,
ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya
RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas
dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila
mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan
gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat
dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya
menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak
laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer
yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam
turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar
sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian.
Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan
wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana
memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke
satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang
RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali
mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak
ambil berat dan sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa
diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi.
Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut
hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa
diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah
barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan
wang dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu
tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan
atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk
memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka
akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.
Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan
wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar
bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah
RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar
yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang
kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU
Organisasi ketenteraan sentiasa dipandang positif melalui integritinya
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pegawai dan anggota tentera di semua peringkat perlu berintegriti bagi membina jati diri dan personaliti selain memastikan organisasi sentiasa dilihat positif oleh rakyat.
Baginda bertitah, integriti juga dapat menghindari mana-mana individu daripada mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi kelemahan sedia ada dalam organisasi bagi tujuan peribadi.
Bertitah kepada pegawai dan anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah malam tadi, baginda berharap kelangsungan elemen kepercayaan dan kesetiakawanan dalam pasukan akan terpupuk kukuh melalui integriti.
- DIPETIK DARIPADA BERNAMA
DEPA KATA.......
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.
Pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan PAS bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita."
“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya.
Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.
Pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan PAS bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita."
“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya.
Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.
Monday, 30 July 2012
PAS AKAN BERSARA DARIPADA POLITIK MALAYSIA......?

Banyak pihak meramalkan hubungan Pas
dengan DAP hanya menanti masa retak mencari belah. Sejak penubuhan
Angkatan Perpaduan Ummah antara PAS, Semangat 46 dan BERJASA, pucuk pimpinan PAS seperti NIk Aziz dan Hadi Awang tidak mahu duduk semeja dengan DAP untuk
menubuhkan barisan pembangkang menentang UMNO/BN.
Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain
pemimpin
PAS menganggap DAP parti perkauman Cina dan anti-Melayu dan anti
Islam. Kononnya,PAS waktu itu memperjuangkan Negara Islam dan pro-Melayu. Dengan demikian, mudahlah PAS bekerjasama dengan Semangat 46 untuk menubuhkan
barisan pembangkang.
Sejak
PAS berkuasa di Kelantan atas
kerjasama dengan Semangat 46, Nik Aziz, sebagai Menteri Besar, memperlihatkan
keangkuhannya hingga menimbulkan perpecahan antara
PAS dengan Semangat 46.
Orang Kelantan didongengkan dengan “fatwa” songsang kononnya “undi Pas masuk
syurga”.
Selepas 21 tahun menguasai Kelantan, PAS menjadi mabuk kuasa untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam menumbangkan UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.
Umum
mengetahui ketiga-tiga parti ini mempunyai idelogi yang berlainan.
PAS,
walaupun diketahui menyeleweng dari perjuangan Islam, tetap mendabik dada mereka masih parti Islam dan ingin menegakkan Negara Islam dengan hudud sebagai
tarikan politik untuk menipu orang
Melayu sepertimana mereka lakukan semenjak Nik
Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990.
PAS juga hendak menipu DAP kononnya
mereka tidak lagi berminat menubuhkan Negara Islam. Kononnya mereka sudah bertukar
“kiblat” daripada Negara Islam menjadi Negara Kebajikan pula. PAS menganggap
tentulah DAP akan menerima baik “transformasi” ideologi daripada Negara Islam kepada
Negara Kebajikan sesuai dengan perjuangan DAP untuk melaksanakan Malaysian Malaysia sekiranya Pakatan
Rakyat menang dalam PRU 13 nanti. Untuk meyakinkan DAP lagi,
PAS juga sanggup
menolak ketuanan Melayu seperti PKR juga untuk membuktikan setiakawan antara
ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.
Malangnya, PAS tidak dapat
mempengaruhi DAP bahawa ia tidak berminat lagi memperjuangkan Negara Islam.
Berkali-kali DAP, melalui Karpal Singh, berkata DAP tidak akan menerima gagasan
Negara Islam ala Pas. “Langkah mayat aku dulu untuk menerima Negara Islam”,
demikian Karpal Singh berkata dengan angkuhnya.
Walau pun Nik Aziz berpeluk-pelukan
dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, namun dua beranak tersebut tetap menolak
gagasan Negara Islam ala
PAS. Ini soal dasar perjuangan DAP yang bertentangan
sekali dengan perjuangan PAS yang boleh sorong tarik menurut perubahan iklim
politik dan kepentingan. DAP sedar PAS mahu mengemis sokongan kaum Cina untuk
memenangkan calon-calonnya kelak sekiranya terdapat calon-calon PAS di
kawasan-kawasan campuran antara berbagai kaum.
Lim Kit Siang masih tidak lupa, peristiwa
Nik Aziz dan PAS tidak mahu bekerjasama dengan DAP oleh kerana PAS mendapat
Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46 mempunyai banyak pengaruh di
Kelantan. Hari ini, Nik Aziz sanggup melondeh serban untuk bekerjasama dalam
Pakatan Rakyat kerana Pas mempunyai muslihat politik tertentu iaitu untuk
mendapatkan sokongan DAP supaya memberi peluang kepada Pas bertanding di
beberapa kawasan campuran berbagai kaum.
Sebenarnya, DAP tidak memerlukan
sokongan
PAS pun kerana mereka hanya bertanding di kawasan bandar, yang mana
kaum Cina merupakan golongan majoriti. PAS yang terhegeh-hegeh hendak
bekerjasama dengan DAP hingga sanggup menghapuskan ketuanan Melayu dan Islam sebagai
agama rasmi Negara. PAS seperti 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' untuk
mengemis simpati dan sokongan DAP hingga sanggup memperjudikan bangsa dan
agama.
Kini, sudah timbul kegelisahan di
kalangan ahli-ahli PAS bahawa pengaruh parti itu di kalangan Melayu semakin
merosot. PAS dianggap sudah menjual agama dan bangsa oleh kerana bernafsu
hendak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Banyak mahu PAS kembali menghidupkan
semula hudud dan Negara Islam untuk meyakinkan umat Melayu bahawa PAS tidak berganjak
mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.
Kalau desakan di kalangan para
pemimpin dan ahli-ahli PAS semakin lantang untuk kembali menghidupkan hudud dan
penubuhan Negara Islam, apakah Nik Aziz dan Hadi Awang akan patuh pada tuntutan ahli-ahlinya? PAS semakin serba
salah dan caca-marba. Mereka sudah terjebak dalam perangkap Anwar dan DAP yang dianggap anti-Melayu, anti-Islam dan Raja Melayu.
Apakah orang Melayu akan kembali
menyokong PAS? Tidak mungkin. PAS sudah jauh menyeleweng daripada perjuangan Islam
sejak Nik Aziz dan Hadi Awang menguasai parti itu. Kini, mereka dianggap sebagai
alat kepada DAP dan PKR. Sekiranya PAS bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat
sebelum PRU 13, besar kemungkinan PAS tidak akan dapat menambahkan kerusi Dewan
Undangan Negeri mahu pun Parlimen seperti sekarang. Banyak pemerhati politik
meramalkan PAS hilang kuasa di Kelantan yang menjadi kubu kuatnya sejak
Nik Aziz menjadi Menteri Besar.
GERGAJI SAMA JA..........
![]() |
| Wallahu'aqlam bisawaf....... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
