Friday 25 May 2012

KEJATUHAN KEDEKATAN.........


SUBKY LATIF RAMAL KEDAH SELANGOR KELANTAN JATUH KEPADA UMNO

Perdana Menteri Najib penuh yakin untuk bukan sekadar mengambil semula Kedah dan Selangor, malah ia sudah bersedia untuk menawan Kelantan buat kali kedua selepas merdeka. 

BN sudah menyediakan Dato Mustapa Mohamad sebagai calon Menteri Besar Kelantan buat kali ketiga dan mungkin Dato Mukhriz Mahathir sebagai ketua kerajaannya di Kedah.

Selangor, Najib yakin menang semula cuma dia tidak ada calon Menteri Besar. Malah itu mungkin selesai jika Razali Ismail, pemegang konsesi Syabas bersedia turun padang. 

Mungkin Allah memperkenan hasrat dan hajat semua pihak. Kelantan, Kedah dan Selangor diambil semula oleh Barisan Nasional tetapi Putrajaya diberi kepada Anwar dari Pakatan Rakyat. Mungkin diperkenankan Allah bertukar. 

Jika ini berlaku, Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri selama-lamanya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula mengakhiri kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun. 

Pada giliran beliau berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat di Masjid Negara, boleh diatur jet rasmi kerajaan menerbangkannya (HHadi) dari Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi ke Masjid Negara melalui lapangan terbang yang terdekat seperti lapangan terbang Sungai Besi misalnya. 

Tan Sri Khalid Ibrahim macam mana? Dia mungkin MP lagi, maka dia boleh jadi menteri kewangan atau menteri ekonomi. 

Bagaimana pula Dato Seri Azizan Razak? Sekalipun Kedah di bawah BN tetapi Ustaz Azizan masih ketua pembangkang di Kedah. Tentulah kerajaan pusat memberi satu kedudukan yang penting kepadanya. Tetapi dia boleh menghidupkan pagi Jumaat di markaz PAS Kota Sarang semut setiap minggu. 

Sekali pun Kelantan, Kedah dan Selangor ditakdirkan diambil oleh UMNO tetapi kemenangannya tidak besar. Ia mungkin setakat memungkin BN membentuk kerajaan saja. 

Tetapi PAS dan PKR memang bekerja menarik orang UMNO menyertainya. 

Masa depan UMNO masa itu bergantung kepada Saifudin Abdullah dari Temerloh atau Khairy Jamaluddin.

artikel penuh di sini  http://www.harakah.my

No comments:

Post a Comment