Thursday 20 September 2012

ADA BACA, TARA BACA....?????

Koo Ham tidak wajar persoalkan
Azizan, Koo Ham

ALOR STAR 19 Sept. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak mencerminkan ciri-ciri seorang pemimpin apabila mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence of Muslims'.

Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesal dengan persoalan yang dilontarkan itu berkata, sebagai seorang pemimpin, Ahli Parlimen Beruas itu sepatutnya memahami sensitiviti umat Islam.

"Tidak wajar (persoalan) dikeluarkan kerana beliau berada dalam masyarakat Islam. Sebagai sebuah parti politik dan memimpin sebuah pakatan, beliau sepatutnya memahami tentang sensiviti umat Islam.

"Ini adalah masalah berhubung kait dengan akidah dan kepercayaan umat Islam," tegasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

3 comments:

  1. Tapi, beliau mungkin minta maaf kat PAS saja kut......
    Kawan-kawan pakatan kena jaga.......

    ReplyDelete
  2. citation dari utusan xleh guna pakai dalam thesis kampus aku. so mmg aku xpcaya berita utusan sbb pihak dorang yg x profesional dalam kerjaya dorang. dah berapa kali kena saman pun masih wat berita cam taik !

    ReplyDelete