Saturday, 27 October 2012

APA GUNA BERJANJI, KALAU TAK DITEPATI.......

Apa guna berjanji.....????
Kalau tak ditepati......
Kelak meracun hati....
Tuan sendiri mengigit jari.....
*nyanyian Saloma
 
Tak dak guna boleh kereta rega murah, macam yang depa duk janji oleh pembangkang, kalau jalanraya koi sesak dan tidak diselia dengan baik sebab pembangkang jugak cadang nak hapus tol bagi.
 
Dari mana pembangkang – kalau depa menang la, KALAU! – nak cari hasil untuk menampung perbelanjaan negara sebab pada masa yang sama depa berjanji nak kurangkan cukai itu dan ini........????? dari mana....?????

Friday, 26 October 2012

SALAM AIDIL ADHA

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Raya Haji @ Raya Korban, kepada semua pengunjung blog tidak kira di mana anda berada, lebih-lebih lagi di bumi Perlis ini. Semoga amal ibadat yang ingin kita kerjakan khusus semasa hari ini dan Hari-hari Tasyriq, akan mendapat balasan yang sewajarnya daripada Allah S.W.T. Jadilah kita, umat yang bersatu-padu, saling bekerjasama, saling nasihat-menasihati dan bersyukur dengan nikmat Allah. Janganlah menjadi makhluk yang sombong, bongkak, takabbur, riak, angkuh dan lalai. Ingatlah, kita ada tujuan dihidupkan sebagai manusia di atas muka bumi ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT KORBAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN MEMPEROLEH HAJI MABRUR

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHILHAM..........

Saturday, 20 October 2012

KELANTAN BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI.......

Kelantan dijangka akan membubarkan DUN dalam masa terdekat sekiranya pasukan bolasepak Kelantan gagal lagi dalam final Piala Malaysia tahun ini. Nampak gayanya, kalau skrip tahun lepas berulang, maka skuad Kelantan akan berputih mata lagi kali ini dan gagal menyamai rekod pasukan seperti Kedah yang merangkul 3 (treble) kejuaraan dalam satu musim. Tapi, ada 20 minit lagi untuk masa hadapan Negeri Kelantan, menang atau kalah dan bubar DUN.............

PERLIS SUNYI SEPI, KANGAQ LENGANG...........

Di sekitar Negeri Perlis, keadaan menjadi sunyi sepi dan lengang akibat tumpuan rakyat Perlis malam ini ialah perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia yang menyaksikan pertembungan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan Kelantan. Perhatian tertumpu kepada pemain nombor 35 pasukan Kelantan, Mohd. Afiq yang merupakan orang Perlis budak Seriab. Jadi, ada sebab orang Perlis kerumun depan televisyen malam ini. Ada wakil Perlis rupanya di Stadium Shah Alam............

Thursday, 18 October 2012

TAK BAIK TAU, KIRA NAK FREE JA........!!!!!

PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK BERBANDING BN.......

PR lebih baik berbanding BN dalam hal ehwal bercakap berdegar-degar tentang 'Agenda Pembangunan Negara'.

Di Teluk Intan pada 18 Oktober 2012, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke 5, menyimpulkan bahawa agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pakatan pembangkang.

Perdana Menteri menyatakan, pembangkang yang tiada pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak lebih 50 tahun.

"BN sebagai kerajaan, memahami bahawa dalam menunaikan tanggungjawab ini, perlu ada rasa 'kemanusiaan' dan 'tawadduk' untuk memahami aspirasi rakyat, merasai denyut nadi rakyat," katanya semasa berucap di hadapan hampir 10,000 orang masyarakat pelbagai lapisan pada program 'Sepagi Bersama Perdana Menteri' di Arena Square di sini pagi tadi.

Beliau berkata walaupun zaman telah berubah, namun prinsip BN sebagai kerajaan tetap sama. "Zaman berubah. Dulu 'stail' lain tetapi prinsip (BN) tetap sama, stail sahaja berubah. Kalau dulu bertongkat dan berpakaian bush jacket, sekarang berkemeja 1Malaysia, simple dan tidak mahal. Kerajaan perlu ada kesinambungan sebab kalau tidak ada, kerajaan tidak dapat membuat perancangan jangka masa panjang," katanya.

Najib berkata bertukar kerajaan bukan seperti menukar menu makanan kerana ia tidak akan menguntungkan negara dan rakyat. "Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, yang mempunyai masa depan, kita memerlukan kesinambungan, kita perlukannya bukan semata-mata mahukan kuasa tetapi rakyat akan mendapat manfaat lebih besar di bawah BN," katanya.

Beliau berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Katanya seperti Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini, di mana ia berteraskan keadilan sosial dengan bersifat menyeluruh dan lengkap yang mengambil kira semua keperluan lapisan masyarakat. Beliau turut menolak dakwaan yang ia "belanjawan pilihanraya" kerana jika benar, sepatutnya kerajaan sedia memberi lebih daripada yang dibentang.

Wednesday, 17 October 2012

NAK PI MANNA, WEEIIIIIIIII........???????

Ke mana arahmu, Melayu, Islam......????? (Lokasi: Persimpangan Lampu Isyarat Pekan Simpang Empat Che Kassim, Perlis

UMNO DENGAN PAS MESTI BERSATU DEMI ISLAM

Md Shukri Shuib
Kini kelihatan UMNO dan PAS sudah boleh berganding bersama di atas rintihan rasa sebagai umat Islam yang cintakan Rasulullah S.A.W. Filem murahan, Innocence of Muslims yang begitu biadab terhadap kemuliaan Rasulullah S.A.W. telah ditentang hebat oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Jika dulunya ajakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada PAS supaya meninggalkan pakatan pembangkang dan bersatu bersama UMNO demi mempertahankan kuasa umat Islam, kini kelihatan ukhwahnya semakin positif. Kenangan berpeluknya dua Presiden parti Melayu yang menjadi teras umat Islam di negara ini, UMNO dan PAS, Najib dan Hadi Awang ketika kempen pilihanraya Sarawak harus dijadikan sandaran membina ‘doktrin silaturahim’ seagama dan seMelayu. 

Kini pencemaran sejarah dalam usaha menghina Rasulullah SAW yang dilakukan penduduk di Barat, harus dijadikan pedoman untuk umat Islam negara ini berpadu dan tidak sesekali terjebak dengan perangkap musuh yang mahu memusnahkan satu persatu kerajaan di negara Islam berdaulat. Silaturahim yang terbina ketika saling cuba mempertahankan maruah Rasulullah SAW ini seharusnya sentiasa mekar dalam kehidupan berpolitik negara.

UMNO dan PAS, parti umat Islam

UMNO dan PAS harus ingat mereka adalah parti dominasi sokongan umat Melayu dan tidak salah jika memperjuangkan nasib Melayu, di bumi Melayu itu sendiri. Lihat saja definisi Melayu yang tercatat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sejak 1957 yang mana Melayu dikanunkan satu cirinya sebagai ‘seseorang yang menganut agama Islam’. Ertinya, secara kanun dan akidahnya, Perkara 160 meletakkan Melayu sebagai bangsa teras Islam yang dilindungi Perlembagaan Negara, dan inilah yang diperjuangkan UMNO sehinggakan Islam berjaya dikanunkan dan dilindungi secara khusus.

Soal kekukuhan Islam di negara ini tidak boleh dinafikan daripada dikaitkan dengan kehadiran umat Melayu dalam persada politik negara. Namun, jika 6 juta undi Melayu yang merangkumi 51 peratus ini berpecah dan ada daripada kalangan umat ini sanggup pula menjadi ejen dan jentera kepada parti bukan Melayu yang kelihatan ‘memusuhi’ perjuangan dan perpaduan Melayu, maka nilai undi Melayu sudah tidak penting.

Bahkan, mereka yang sanggup menjadi jentera kepada politikus anti-Melayu dan anti-Islam mampu disifatkan sebagai liabiliti kepada perjuangan Melayu dan Islam. Apa guna jika ada parti yang katanya berteraskan Islam tetapi padahnya membawa permusuhan sesama umat?
Apakah ertinya perjuangan politik jika agama serta bangsa tertindas dan tanah air pula akhirnya jatuh kepada golongan yang anti-Melayu dan anti-Islam. UMNO dan PAS sudah sekian lama ‘bermusuh’ dalam politik, kini tiba masanya untuk dua parti sokongan teras Melayu ini berbaik sangka serta duduk semeja berunding dalam hal strategik orang Melayu.

Fokus kepada survival Melayu perlu dibincangkan bersama. Mungkinkah, sayangnya kita kepada Nabi S.A.W. yang terpapar menerusi perarakan demi perarakan membantah filem itu, membantu sesama Islam bersatu di negara kita?

Hilang kuasa

Alangkah bagusnya jika UMNO yang kini menjadi teras Barisan Nasional (BN), dicontohi PAS dengan bertindak atas kapasiti sama menjadi teras dan dominan dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika ini berlaku, ia akan menyejukkan suasana semasa yang kian kritikal, khususnya soal susutan bukan saja suara, malah kuasa Melayu dalam aspek kehidupan bernegara. Sudahlah ekonomi dikuasai komuniti bukan Melayu, bangsa Melayu pula terjerat gejala sosial dan ramai belia leka daripada perbincangan survival bangsa, kuasa politik yang ada pula dilihat semakin runtuh dan mula dikuasai anasir asing.

Penulis khuatir mungkin untuk mendapatkan undi semata-mata, UMNO dan PAS hilang kuasa akibat pertembungan sesama Melayu dan Islam, yang akhirnya memenangkan DAP sebagai jaguh baru politik negara. Jika UMNO dan PAS mampu berkompromi, maka agenda strategik Melayu dalam berpolitik akan mampu dibina sebagai ‘doktrin silaturahim Melayu’ demi memastikan agenda umat diletakkan di hadapan politik kepartian.

Secara strategik jangka panjangnya, kini tiba masa untuk kita selami nasib umat Islam yang terasnya Melayu di Malaysia. Umat Islam harus berfikir bahawa bentuk penjajahan alaf ini adalah menerusi kertas undi dan mainan politik, pensil yang digunakan untuk mengundi boleh menjadi alat pembinasa bangsa jika undi itu tidak lagi memberikan kuasa kepada bangsa untuk memerintah negara. UMNO dan PAS harus meletakkan doktrin silaturahim seagama dan sebangsa sebagai satu galakan untuk bersetia kepada agenda Islam dan Melayu sebagai teras tindakan politik masing-masing.

Sudah tiba masa untuk Melayu bersatu demi mempertahankan kelestarian agama dan bangsa di tanah air tercinta ini seperti ketika berlakunya pencemaran maruah umat Islam dengan tayangan Innocence of Muslims yang biaDAP itu.

Penulis merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)
http://bharian.com.my/bharian/articles/UMNO_PASmestibersatudemiIslam/Article 

DILARANG MENAMPAL IKLAN DI SINI, RETI DAK......?????

LARANGAN MEMAPAR ATAU MEMPAMERKAN IKLAN DI DALAM DAN DI LUAR MASJID

Kerajaan Negeri Perlis mengambil keputusan untuk melarang mana-mana pihak, mempamer atau memaparkan sebarang iklan atau pengumuman yang menzahirkan kepentingan peribadi serta berunsur perniagaan termasuk pakej haji, umrah atau aqiqah di dalam dan di luar premis masjid. 

Keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan 'Garis Panduan Pengumuman Iklan di Masjid' yang melihat kepada kewujudan hadis yang menegah perbuatan sedemikian. 

Ketetapan yang telah dibuat pada Disember 2011 itu menggariskan 3 intipati yang membabitkan garis panduan pengumuman dan iklan, di dalam masjid; di luar masjid dan di pagar masjid dengan fokus utama kepada iklan yang menzahirkan kepentingan peribadi seperti mencari barang hilang selain hal-hal berkaitan perniagaan seperti pakej haji, umrah dan pakej aqiqah. Semua perbuatan itu DITEGAH untuk diiklankan kerana masjid adalah tempat beribadat dan bukannya untuk kepentingan peribadi atau menjalankan aktiviti perniagaan.

Sebarang pengumuman dan iklan bergambar yang tidak bersesuaian adalah dilarang dinaikkan di premis masjid dan setiap pengumuman atau iklan yang dibuat hendaklah tidak menimbulkan perpecahan antara sesama umat Islam serta mengelirukan sesetengah pihak.

(sumber : Berita Harian 15 Oktober 2012)

Monday, 15 October 2012

ANGIN BERANGIN.......



Had ni yang buat orang hangin........
 dah boleh dah, angin koi sejuk laaaaa.......
makasih na.....!!!!!

AWAT BUAT LAGU TU........????? TAK PATUT...... TAK PATUT......


Pasar Borong Kampung Bakau akan mendapat wajah baru tidak lama lagi

Nasib peniaga-peniaga di Kompleks Pasar Borong Kampung Bakau, Kangar, Perlis terbela apabila Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM 1/2 juta untuk membaik pulih pasar borong terbabit yang terbakar 16 Mei bulan lalu.

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memaklumkan semasa lawatan ke tapak berkenaan pada 10 Oktober 2012 lepas, bahawa peruntukan itu telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini dan diharap bantuan itu dapat mengembalikan
kemudahan dan keselesaan kepada rakyat terutamanya untuk mendapatkan bahan makan mentah dan kering.

Sementara kerja-kerja baik pulih dijalankan, 16 peniaga akan dipindahkan ke tapak letak kenderaan untuk sementara waktu dan peniaga akan dibekalkan khemah oleh MPK secara percuma dengan keluasan 20x20.

Sebelum ini, peniaga terpaksa berniaga tanpa bu,bung di tapak ini dengan kemudahan yang tidak lengkap dan hanya berbekalkan khemah selepas kejadian kebakaran itu.

Manakala, pihak MPK juga tidak mengutip cukai daripada semua peniaga yang terlibat dalam kebakaran terbabit untuk tempoh dari bulan Mei sehingga Disember ini.

Mana puak-puak 'Negara Kebajikan' ni....???? Tak patut biaqkan peniaga ni...... huluq la sikit, buat kutipan derma kilat...... atau pakat jadi jaguh 'hangat taik ayam' ja.......

TAK PATUT..... TAK PATUT.......