Thursday 18 October 2012

PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK BERBANDING BN.......

PR lebih baik berbanding BN dalam hal ehwal bercakap berdegar-degar tentang 'Agenda Pembangunan Negara'.

Di Teluk Intan pada 18 Oktober 2012, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke 5, menyimpulkan bahawa agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pakatan pembangkang.

Perdana Menteri menyatakan, pembangkang yang tiada pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak lebih 50 tahun.

"BN sebagai kerajaan, memahami bahawa dalam menunaikan tanggungjawab ini, perlu ada rasa 'kemanusiaan' dan 'tawadduk' untuk memahami aspirasi rakyat, merasai denyut nadi rakyat," katanya semasa berucap di hadapan hampir 10,000 orang masyarakat pelbagai lapisan pada program 'Sepagi Bersama Perdana Menteri' di Arena Square di sini pagi tadi.

Beliau berkata walaupun zaman telah berubah, namun prinsip BN sebagai kerajaan tetap sama. "Zaman berubah. Dulu 'stail' lain tetapi prinsip (BN) tetap sama, stail sahaja berubah. Kalau dulu bertongkat dan berpakaian bush jacket, sekarang berkemeja 1Malaysia, simple dan tidak mahal. Kerajaan perlu ada kesinambungan sebab kalau tidak ada, kerajaan tidak dapat membuat perancangan jangka masa panjang," katanya.

Najib berkata bertukar kerajaan bukan seperti menukar menu makanan kerana ia tidak akan menguntungkan negara dan rakyat. "Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, yang mempunyai masa depan, kita memerlukan kesinambungan, kita perlukannya bukan semata-mata mahukan kuasa tetapi rakyat akan mendapat manfaat lebih besar di bawah BN," katanya.

Beliau berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Katanya seperti Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini, di mana ia berteraskan keadilan sosial dengan bersifat menyeluruh dan lengkap yang mengambil kira semua keperluan lapisan masyarakat. Beliau turut menolak dakwaan yang ia "belanjawan pilihanraya" kerana jika benar, sepatutnya kerajaan sedia memberi lebih daripada yang dibentang.

No comments:

Post a Comment