Tuesday 20 November 2012

TAHNIAH CALON-CALON UPSR 2012 NEGERI PERLIS

Tahniah adik-adik yang berjaya dalam UPSR 2012, ini baru langkah pertama adik-adik ke alam yang lebih mencabar selepas ini. Kepada adik-adik yang mendapat keputusan tidak berapa memberansangkan, tidak mengapa. Jadikan ini sebagai teladan dan pengajaran untuk mengubah cara belajar serta sebagai peringatan bahawa nak jadi insan berjaya bukan senang.

Menurut laporan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, prestasi UPSR 2012 kali ini, mencatatkan peningkatan berbanding UPSR 2011
iaitu 62.4% kepada 65.71%. Sebanyak 416 orang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan 5A dan daripada 74 buah sekolah seluruh Perlis, 61 buah mencatat sekurang-kurangnya seorang calon berjaya mendapat 5A.

Pesanan kepada adik-adik, yang dah berjaya, TAHNIAH, ini baru permulaan, ada lagi peringkat yang lebih mencabar. Kekalkan sikap dan tingkahlaku positif dalam usaha menjadi manusia berjaya. Manakala, adik-adik yang keputusan kurang memberansangkan, jangan jadikan ini sebagai TITIK PENAMAT. Adik-adik ada banyak masa lagi untuk memperbaiki diri.

Apapun, inilah hasil usaha Kerajaan dalam mempertingkatkan tahap pendidikan kepada semua lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment