Saturday 24 November 2012

WARGA EMAS PRODUKTIF MELAKAR MASA DEPAN

Pagi 24 November 2012 ini, di Denai Larian Pengkalan Assam, Kangar, sedang berlangsung Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis 2012, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Salah satu inisiatif di dalam KARISMA (Kebajikan Rakyat 1Malaysia).

Pada majlis ini juga, 2 orang warga emas telah dipilih sebagai Ikon Warga Emas Negeri Perlis 2012. Penerima anugerah tersebut ialah Zain bin Othman dan Azizah binti Md. Taib.


Selain itu, 8 lagi penerima anugerah merupakan warga emas yang paling tua daripada 4 bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Siam.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato'Seri Md. Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis.

No comments:

Post a Comment