Saturday, 30 March 2013

SUPER SIRIES : TERKAM KERJAKAN I......?????

Sikit demi sikit, tak payah gelojoh-gelojoh. Jangan duk haru orang. Jangan duk ligan takhta. Jangan turut serta. Bukan mendedah aib, tapi kalau duk peram pun, esok-esok kena tang pungkok kita, nak duk sengap jugak.

Semua ini untuk penilaian masing-masing. Rasa tak boleh ikut, berenti. Cuma, ingat-ingat la sama yang nak mai masa depan anak-anak cucu kita, warisan generasi nak mai nanti ni.....

Generasi kita yang duk ada ni, cuma tumpang lalu sat pakai had waris-waris masa depan punya. Jadi, pikiaq la dengan bijak laksana..... Sapa patut pimpin negara......

Kaji dan mengajilah TANG NI.......

Friday, 29 March 2013

ANUGERAH TERBAIK SEPANJANG ZAMAN......


TEMPAT KETIGA : JAMBAN MAN LAKSA
TEMPAT KEDUA : JAMBAN SENIMAN BUJANG LAPOK


JOHAN KATEGORI JAMBAN TERBAIK   



ANUGERAH KHAS JURI

MATA AMPA TOLONG JANGAN DIKATUP...... PERATI BAIK-BAIK NAAA......

Penyokong PAS kena buka mata dengan pendirian ulama


Program ‘Malam Cinta Rasul’ di Dataran Merdeka pada 23 Mac 2013 yang lalu telah disertai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bersama puluhan ribu umat Islam, sungguh menyentuh perasaan.

Ramai hadirin kelihatan sebak mendengar kisah perjuangan Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Ali Zainal Abidin. Selain itu, mereka bersama-sama mengalunkan selawat dan qasidah ke atas Nabi Muhammad SAW, dipimpin oleh Habib Syech as Seggaf dengan alunan iringan kumpulan nasyid InTeam, al-Mawlid, Hadrah PDRM serta pelajar-pelajar tahfiz.

Apa yang nyata, di wajah mereka terbit perasaan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang bersusah payah menyampaikan agama Allah kepada umat manusia yang amat dicintai Baginda. Justeru, mencintai Rasulullah SAW adalah perasaan yang wajib ada dalam sanubari setiap umat Islam.

Atas dasar ini jugalah sekumpulan ulama dan pendakwah di Kelantan memutuskan PAS sudah menyeleweng daripada perjuangan memartabatkan Islam. Bagi mereka tindakan pemimpin PAS yang tidak menunjukkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW seperti menyatakan Maulidur Rasul tidak perlu disambut kerana kelahiran Baginda SAW bukan peristiwa istimewa tetapi sebaliknya sama seperti budak kampung lain, amat menghiris perasaan.

Maka tidak hairanlah apabila ulama dan pendakwah daripada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Selamat Tinggal PAS (STP) telah memutuskan baru-baru ini bahawa PAS sudah menyeleweng dan MENGGADAI AKIDAH DEMI AGAMA lantas adalah HARAM menyokong pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke 13.

Sebaliknya, kumpulan yang memiliki kekuatan 10,000 orang ahli itu berpendapat, wajar bagi umat Islam MENOKONG BARISAN NASIONAL (BN) dan jihad menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan. Bagi mereka PAS jelas bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam beberapa perkara, termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Injil versi Melayu sebelum ini.

Penyelewengan PAS daripada perjuangan sebenar Islam sudah acap kali didedahkan tetapi penyokong tegar parti itu masih enggan membuka mata dan hati untuk menerima kebenaran akibat ketaksuban mereka terhadap pemimpin PAS.

Justeru, pendirian kumpulan ulama dan pendakwah ini sewajarnya menyedarkan setiap umat Islam bukan hanya di Kelantan sahaja tetapi juga di seluruh negara, untuk bersama Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia...!

TIRAI PENTAS KINI DIBUKA........


Opera Hidup - Wings

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Muzik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya?
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya?
Oh..Oh..Oh..Oh..

Drama episod SETERUSNYA DI SINI

Thursday, 28 March 2013

KERAJAAN NEGERI PAS KEDAH AMBIL KESEMPATAN TERHADAP USAHA ORANG LAIN?


Sinar Harian, Selasa, 26 Mac 2013


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak digesa memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam berhubung tindakan kerajaan negeri mempolitikkan isu pembinaan 12 masjid melalui pengedaran buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, mereka kesal maklumat yang dicetak seolah-olah menggambarkan 12 masjid yang dibina sejak 2008 itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kenyataan terbabit tidak benar serta boleh mengelirukan rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu bersikap telus dan tidak terus membohongi rakyat dengan mengakui  projek pembangunan menggunakan peruntukan wang kerajaan pusat sebagai projek mereka.

“Jika beliau enggan berbuat demikian (mohon maaf) serta menarik balik fakta yang tidak benar itu, kita bersiap sedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk menyaman kerajaan negeri di mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan itu adalah satu perkara serius kerana membabitkan rumah ALLAH,” katanya kepada media di pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini, semalam.

Badrol berkata, mereka mendesak Azizan bertanggungjawab terhadap isu berkenaan dengan tidak menyalahkan pihak lain termasuk memberi jawapan tidak tahu mengenai kewujudan senarai masjid terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Negeri, Datuk Azmi Lateh tampil mendedahkan peruntukan membina 11 daripada 12 masjid berkenaan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sebuah lagi disumbangkan orang persendirian.

“Sepanjang tempoh lima tahun kerajaan pusat memperuntukkan RM38.4 juta membina 22 masjid baru termasuk melibatkan 11 masjid berkenaan. Daripada jumlah itu 14 masjid sudah siap manakala lapan masih dalam proses pelaksanaan.

“Berikut 11 masjid terbabit iaitu masjid baru di Bandar Laguna Merbok, Kuala Muda (RM1.8 juta) menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri, Masjid Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun (RM2 juta),” katanya.

Azmi berkata, Masjid Sungkop, Kuala Muda (RM1.8 juta),  Masjid Taman Mutiara, Kulim (RM2 juta), Masjid Taman Bersatu, Kuala Kedah (RM 1.5 juta), Masjid Taman Peruda (RM3 juta).

“Masjid Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau (RM1.3 juta), Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani (RM2.2 juta), Masjid Telaga Batu Ayer Hitam, Jerlun (RM1.4 juta), Masjid Bandar Baharu, Kulim-Bandar Baharu (RM5 juta) dan Masjid Kampung Nawa, Pokok Sena (RM1.8 juta).

“Manakala Masjid Batu 8, Sik adalah surau yang dinaik taraf kepada masjid pada pertengahan tahun lalu dan dibiayai sepenuhnya orang persendirian,” katanya.

Beliau berkata, beberapa projek masjid yang masih dalam proses pembinaan dijangka siap selewatnya hujung tahun ini tidak termasuk permohonan baru pembinaan masjid tahun ini.

“Masjid yang siap akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk proses pengurusan.

“Dalam tempoh yang sama, peruntukan hampir RM100 juta digunakan untuk pembangunan aktiviti keagamaan selain membina masjid baru dan membaik pulih masjid, membina dan menaik taraf surau, bantuan turut diagihkan kepada tokong serta kuil,” katanya.




Ini merupakan senari penuh masjid yang dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'



Nak tanya lebai-lebai PAS sekalian, apakah hukumnya berdusta? Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah ini contoh Kerajaan Islam yang diperjuangkan penganut-penganut PAS?

Cukup-cukuplah berdusta wahai penganut-penganut PAS sekalian. Janganlah terlalu taksub sehinggakan kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak.






Monday, 25 March 2013

SELUAR DALAM ANWAR DALAM SIMPANAN RAJA PETRA


DRAMA KING

hang masih nak pura-pura
sembang-sembang ang hanya propaganda
hang ligan kubah hijau
mata kelabu
ini rupa ang yang ubah
tak ghopa dulu..........

panggilanmu
gelaranmu
tetap yang jambu.....

*selak seluaq dalam dia tang ni......

SENARAI SULTAN TERKINI YANG NAK KARAM.....










PELUANG MENJANA PENDAPATAN MENEPATI HUKUM SYARI'E PAS....????



Nak cari pendapatan untuk tampung perbelanjaan perlu la guna cara yang baik. Cara yang menepati syarak dapat menjamin halalan toyyiba apabila pendapatan dapat  membantu golongan yang susah. Jangan pula diambil kesempatan atas kesusahan orang lain untuk kita mengaut untung. Dah la 'untung', untung atas angin pulak tu, menipu orang ramai dengan cara 'jual nama' kesusahan pihak lain.

Bab di atas, termasuk la  jugak bab-bab berkaitan kewujudan pelbagai nama tabung atau kutipan derma kilat atas nama 'Perwira Lahad Datu' atau macam-macam lagi la. Tapi, yang hendak diutarakan di sini, kesempatan daripada gerakan menyerang dengan membuka peluang 'curi ayam' pihak tidak bertanggungjawab.





Konon kutip derma, alih-alih masuk akaun sendiri, peh tu duit ghaib sebab tak tau nak perasing duit sebab banyak sangat tajuk kutipan tapi masuk SATU NOMBOR AKAUN SAHAJA.

Ulasan lebih lanjut, sila rujuk BESOR SEBELAH......

Sunday, 24 March 2013

#LAHAD DATU UPDATE : WAR-WAR KIAN TERASA (ANUWAR, TIAN CHUA DAN SIVARASA)

Berita panas seantero Malaysia ketika ini, pendedahan agensi perisikan Filipina tentang kaitan anasir-anasir dari Malaysia yang telah masuk bertemu dengan pasukan penceroboh ganas tentera Kiram di Manila. 

Pendedahan selanjutnya, daripada blog member MrKinabaluBoy

Sivarasa & Tian Chua Bawa Wang Ke Manila Pada 7 Februari 2013

Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila

Mereka Ke Manila membawa wang pada 7 Februari 2013. 2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 
Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung…

Saturday, 23 March 2013

BALU ALLAHYARHAM ASP ZULKIFLI TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Berita yang dipetik daripada BERNAMA.com

KANGAR, 23 Mac - Nor Aziah Noor, balu ASP Zulkifli Mamat, pegawai polis komando VAT 69 yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, 1 Mac lalu, hari ini menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Kerajaan negeri Sabah.

Cek sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman kepada Nor Aziah ketika mengunjungi kediaman keluarga balu berusia 29 tahun itu di Taman Seri Sena dekat sini.

Sumbangan terbabit merupakan penghargaan Kerajaan Negeri Sabah atas jasa dan pengorbanan perwira negara itu dalam mempertahankan kedaulatan negeri Sabah.

Turut mengiringi Sukarti pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni.

Pada Isnin lalu, Md Isa menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Nor Aziah iaitu RM10,000 daripada kerajaan negeri dan RM10,000 lagi sumbangan Baitulmal Perlis manakala polis Perlis pula menyampaikan sumbangan RM1,000.

Rabu lepas, anak sulung Allahyarham, Noor Aqmar Amiruddin, 5, menerima biasiswa daripada Smart Reader Worldwide Sdn Bhd untuk pendidikan prasekolahnya.

Sumbangan bernilai RM8,190 itu disalurkan melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) yang diterajui Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail untuk pembiayaan selama dua tahun sehingga tahun depan.

-- BERNAMA

Thursday, 21 March 2013

TERGEMPAR! RIBUAN HADIR DI DEMO PKR KANGAR !!!




Puak perasan baguih tak sedaq diri.....
Sekitar jam 12 tengahari tadi, sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai aktivis 'Bantah Anugerah Rakyat Asing (BARA)' telah cuba untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Kayangan Square, Kangar, Perlis.

Aktivis yang kononnya bergerak sendiri ini sebenarnya adalah didalangi oleh Parti Keadilan Rakyat, dapat dilihat dari ucapan wakilnya yang jelas berniat memburukkan kerajaan, serta juga dihadiri wakil dari Angkatan Muda Keadilan sendiri.

Beberapa perkara dapat disimpulkan daripada cubaan mengadakan demonstrasi ini:

1) Aktivis ini cuba untuk menimbulkan isu lapuk tanpa asas yang kukuh, dengan hanya bersandarkan kepada kenyataan Tun Dr Mahathir dalam pemberian kerakyatan di Sabah walaupun siasatan RCI masih lagi dijalankan.

2) Demonstrasi ini tidak mendapat sambutan kerana hanya dihadiri oleh kurang daripada 15 orang yang rata-ratanya daripada kumpulan penganjur sendiri. Sahutan wakil aktivis juga hanya disambut oleh krew-krew demonstrasi ini.

3) Demonstrasi ini telah mengganggu aktiviti harian rakyat negeri Perlis di sekitar Kayangan Square, yang jelas mengganggu daripada pencemaran bunyi yang dihasilkan daripada manusia yang bercakap tanpa fakta. Rata-rata pengunjung Kayangan Square yang datang untuk membeli belah dan menjamu selera di gerai-gerai sekitar memandang dengan jelek manusia-manusia ini, dan tidak kurang juga ada antara mereka yang mencemuh kumpulan ini dari jauh. Perlu diingat, rakyat Perlis cintakan kedamaian dan ingin mengekalkan slogan 'Perlis Damai Lagi Mempersona'.

4) Demonstrasi yang gagal ini juga merupakan satu daripada bukti kukuh yang menunjukkan rakyat jemu dengan Pakatan Rakyat.

5) Demonstrasi ini juga menunjukkan bahawa PAS hanyalah menjadi kuda tunggangan PKR kerana tanpa PAS, PKR bungkus di Perlis.

Soalan kepada bakal mantan mufti Perlis, beranikah anda bertanding di Parlimen Kangar dengan sokongan sebegini?


Wahai bakal mantan mufti Perlis, rajin-rajinla bertemu rakyat marhaen untuk ketahui keluh kesah dan masalah untuk bantu menyelesaikannya. Kata nak jadi wakil rakyat, janganlah lepak di Bangsar je..


Sekitar Demo yang Failed:

11.57 am

11.58 am

11.58 am

12.00 pm

12.00 pm

12.06 pm

12.06 pm

12.11 pm

12.11 pm

12.12 pm

12.13 pm

12.13 pm

12.14 pm

12.17 pm
















SKANDAL ANWAR LIWAT MAHASISWA SABAH




Baca di sini :
http://www.papagomo.com/2013/03/video-liwat-mahasiswa-tinggal-lagi-6.html

Wednesday, 20 March 2013

PUAK GILA NI KOI JADI GILA LAGI LA........

Ada hati nak jadi 'chief', tapi 'bodyguard' sendiri pun tak boleh 'handle'. Alih-alih, boring dengan bengang punya pasai, dengan 'chief-chief' kena tembak.

Drama lanjut, klik link di bawah:

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/berita-terkinipengganas-kiram-azumudie.html?m=1

Tuesday, 19 March 2013

BERITA SERIUS SEKALI LAGI


MANIPULASI, PUTAR BELIT ATAU DAKYAH PEMBOHONGAN?

Dalam pada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Perlis menjunjung kasih terhadap pemerintahan Raja Berperlembagaan, masih ada segelintir rakyat yang tidak tahu cara menghormati dan menjaga adab dengan Sultan atau Raja yang memerintah dalam Negara Malaysia ini.

Kenyataannya sudah terang lagi bersuluh, tetapi ada juga yang cuba menangguk di air yang keruh semata-mata taksub kepada ideologi pemimpin 'buta', pemimpin 'pekak', pemimpin 'gila kuasa' yang terlalu berharap dapat menawan kerusi empuk pentadbiran negara di Putrajaya. Golongan ini masih lagi berani memutar-belit titah-titah ucapan Sultan atau Raja dalam usaha untuk mempengaruhi minda rakyat untuk menyokong mereka.

Peristiwa terbaharu, di Negeri Perlis ada pihak tidak bertanggungjawab dipercayai daripada pakatan pembangkang telah menyebarkan risalah ke taman-taman di sekitar Bandar Kangar, yang memetik satu titah ucapan DYMM Pemangku Raja Perak di dalam suatu majlis sedikit masa dahulu. Hal tersebut telahpun diperjelaskan dahulu namun pihak berkenaan masih cuba menyimbah minyak tanah ke atas bara dengan menyebarkan sekali lagi risalah seolah-olah Tuanku menyebelahi pihak mereka.

Namun hari ini, 19 Mac 2013, DYMM Raja Dr. Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak, mengulang buat ke sekian kalinya rasa dukacita ekoran tindakan parti politik tertentu yang memanipulasi kandungan dan mesej titah-titah baginda demi kepentingan politik.

BERITA PENUH DIPETIK DARIPADA BERNAMA

Raja Dr. Nazrin bertitah, perbuatan tersebut telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat, seolah-olah baginda menzahirkan sokongan kepada parti politik berkenaan.





"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik sebenarnya boleh disifatkan mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian dan melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan upacara Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

BERITA PENUH OLEH BERNAMA, 19 MAC 2013.

Jelaslah sekarang, pihak pembangkang terdesak untuk menggapai impian menawan Putrajaya hingga sanggup memanipulasi titah-titah ucapan mana-mana Sultan atau Raja Negeri Melayu asal niat jahat pembangkang untuk membohongi rakyat jelata itu berjaya. Selain itu, segenap lapisan rakyat juga MESTI berhati-hati di dalam proses pencarian maklumat atau berita daripada mana-mana saluran media agar menapis, menganalisis dan seterusnya menilai KESAHIHAN berita tersebut agar tidak mudah terpedaya atau terpengaruh.

JENERAL-JENERAL REPUTTTTTT........!!!


Dipetik dari http://askarsetia.blogspot.com/2013/03/mengapa-anda-perlu-tolak-pakatan.html





Bila Askar Setia bagi HINT di FB bahawa seorang bekas pegawai tentera berpangkat Lt Jeneral  telah menolak tawaran RM500,000.00 yang ditawarkan oleh PKR jika menyertai parti berkenaan, komen-komen dari para sahabat memang amat menarik hati saya. Alhamdulillah, masih ada bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang masih celik hati, waras dan tidak gelap mata dengan tawaran yang RM500,000.00 untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menjadi anjing pencacai untuk memburuk-burukkan kepimpinan ATM.

Kisah 5 orang bekas Jeneral ATM yang telah menyertai politik fitnah dan kebencian yang dianjurkan oleh pakatan parti pembangkang telah mengecewakan hati banyak pihak kerana mereka tergamak menjadi TALI BARUT pembangkang dengan menjadikan ATM/KEMENTAH sebagai sasaran mereka. Jika mahu ‘masuk politik’ janganlah jadi seperti ANJING YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...


My name is General Jack.. Jack Palance
I ada jual rokok batang...
Daripada pangkat jeneral kitar semula hinggalah bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang menyertai pihak pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai rekod kesalahan disiplin, diberhentikan atau kecewa dengan perkhidmatan. Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussien (bersara) atau lebih dikenali sebagai Jack Palance yang menyertai PKR baru-baru adalah seorang jeneral yang mempunyai rekod kesalahan menjual rokok bebas cukai kepada anggota semasa beliau menjawat jawatan sebagai Komander MALBAT 1 di Bosnia.


Penyalahgunaan kuasa beliau sebagai pegawai kanan tentera ATM turut berlaku semasa beliau menjawat jawatan sebagai ASPA/TPTD kerana telah ‘menutup kes’ menantunya yang telah ditangkap menyalahgunakan kenderaan tentera untuk tujuan peribadi. Bukan itu sahaja, semasa jeneral Jack Palance menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, beliau telah menjual VISA kepada rakyat Pakistan! Easy money bukan? Beliau turut menyalahgunakan kuasanya dengan ‘menukar status’ cucunya menjadi anaknya bagi mendapatkan pembiayaan kerajaan.

Ahh.. banyak lagi hendak disebut tapi nantilah...beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Pertahanan dan mungkin bertanding dalam PRU 13 nanti di Parlimen Setiawangsa, kini anda sudah tahu latarbelakang penyangak tersebut...

Menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat
semasa insiden Sauk di Bukit Jenalek

Lain pula cerita Lt Jen Datuk Ghafir, seorang yang kini melalak tidak tentu pasal dengan menyalahkan pihak kerajaan dan kepimpinan ATM kerana kemudahan dan kebajikan anggota tentera yang dikatakan ‘tidak terbela’. Alahai Datuk. Saya fikir Datuk dah tua dan mungkin rabun teruk dan memerlukan bantuan KAR1SMA yang membolehkan Datuk beli kaca mata bagus dengan harga murah. Bukan itu sahaja, perajurit kita di Lahad Datu dikatakan mempunyai standard duduk dibawah rumah orang dan sembunyi dalam reban ayam ajeAtaupun, Datuk perlu dibekalkan dengan kemudahan internet untuk GOOGLE dan ‘spot-check’ peningkatan infrastruktur kem tentera, kebajikan, dan gaji untuk anggota tentera. Janganlah Datuk bandingkan ATM pada zaman Datuk dengan ATM zaman sekarang. 

Nampak usang dan hodoh kan prasarana ATM ni?
 (Aku perli Datuk Ghafir laa.....)


Mengenai kes Lahad Datu, Datuk bukan main hentam pihak perisikan tentera kononnya gagal itulah, gagal inilah. Mungkin Datuk lupa, tapi saya suka ingatkan masa insiden Sauk/Bukit Jenalik, Datuk merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. So, Datuklah boss yang mesti dipersalahkan kerana perisikan gagal mengesan aktiviti Mat Amin dan konco-konconya seperti Mej. Jamaludin Darus yang merupakan anak buah Datuk dahulu... Lupa kaa?

Enjin jet dah...Lepas ni enjin motor EX-5 jiran aku pulak..
Cerita pasal Jeneral yang telah ditarik pangkat dan tauliah iaitu Datu Hadi Khatab tak payahlah saya ceritakan pasal ada bersusun cerita mengenainya di dalam blog saya. Jika anda mahu kenal siapakah bakal calon PKR dalam PRU akan datang nanti, sila rujuk entri-entri mengenai jeneral songlap enjin jet ini. Ada banyak termasuk luahan hati warga Log TUDM pun ada.

Ada bersusun lagi cerita mengenai pak-pak jeneral dah habis tarikh luput ni, tapi mungkin akan disiarkan pada waktu lain. Pada geng-geng KERABAT dan KOBAT termasuk Lt Kol Nazari Mokhtar (Bersara), anda semua dah takda peluang dah untuk jadi calon atau Menteri Pertahanan. Semuanya peluang bisnes dan kontrak pak jeneral reput ni dah sapu.


Kepada pak jeneral KITAR SEMULA, bayang-bayang kekalahan pihak pembangkang dalam PRU 13 sudah hampir jelas. Sekarang yang kawan dah jadi lawan. Jangan nanti bila dah kalah, malu nak jumpa kawan-kawan lama. Jangan nanti dah sampai ajal, tiada lori 3 tan untuk urusan pengebumian...