Friday 29 March 2013

MATA AMPA TOLONG JANGAN DIKATUP...... PERATI BAIK-BAIK NAAA......

Penyokong PAS kena buka mata dengan pendirian ulama


Program ‘Malam Cinta Rasul’ di Dataran Merdeka pada 23 Mac 2013 yang lalu telah disertai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bersama puluhan ribu umat Islam, sungguh menyentuh perasaan.

Ramai hadirin kelihatan sebak mendengar kisah perjuangan Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Ali Zainal Abidin. Selain itu, mereka bersama-sama mengalunkan selawat dan qasidah ke atas Nabi Muhammad SAW, dipimpin oleh Habib Syech as Seggaf dengan alunan iringan kumpulan nasyid InTeam, al-Mawlid, Hadrah PDRM serta pelajar-pelajar tahfiz.

Apa yang nyata, di wajah mereka terbit perasaan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang bersusah payah menyampaikan agama Allah kepada umat manusia yang amat dicintai Baginda. Justeru, mencintai Rasulullah SAW adalah perasaan yang wajib ada dalam sanubari setiap umat Islam.

Atas dasar ini jugalah sekumpulan ulama dan pendakwah di Kelantan memutuskan PAS sudah menyeleweng daripada perjuangan memartabatkan Islam. Bagi mereka tindakan pemimpin PAS yang tidak menunjukkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW seperti menyatakan Maulidur Rasul tidak perlu disambut kerana kelahiran Baginda SAW bukan peristiwa istimewa tetapi sebaliknya sama seperti budak kampung lain, amat menghiris perasaan.

Maka tidak hairanlah apabila ulama dan pendakwah daripada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Selamat Tinggal PAS (STP) telah memutuskan baru-baru ini bahawa PAS sudah menyeleweng dan MENGGADAI AKIDAH DEMI AGAMA lantas adalah HARAM menyokong pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke 13.

Sebaliknya, kumpulan yang memiliki kekuatan 10,000 orang ahli itu berpendapat, wajar bagi umat Islam MENOKONG BARISAN NASIONAL (BN) dan jihad menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan. Bagi mereka PAS jelas bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam beberapa perkara, termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Injil versi Melayu sebelum ini.

Penyelewengan PAS daripada perjuangan sebenar Islam sudah acap kali didedahkan tetapi penyokong tegar parti itu masih enggan membuka mata dan hati untuk menerima kebenaran akibat ketaksuban mereka terhadap pemimpin PAS.

Justeru, pendirian kumpulan ulama dan pendakwah ini sewajarnya menyedarkan setiap umat Islam bukan hanya di Kelantan sahaja tetapi juga di seluruh negara, untuk bersama Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia...!

No comments:

Post a Comment