Sedar tak sedar, tarikh hari ini, 10 Mac, ada pelbagai kisah telah menjadi sejarah. Bab sambut hari jadi tak dikiralah. Antara yang kekal melekat dalam ingatan seperti kejadian bencana gempa bumi kuat yang disusuli ombak tsunami di Jepun 2 tahun yang lalu.
Tetapi, banyak daripada kita yang terlupa, terlepas pandang satu catatan sejarah yang sangat memberi pengaruh kepada umat manusia seluruh dunia sejak peristiwa ini berlaku. Sejarah yang menjadi titik tolak kepada jatuhnya pemimpin hebat yang turut mendatangkan keaiban kepada maruah umat Islam keseluruhannya. Tidak lain tidak bukan, kejatuhan Kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein ketika itu.
Antara peristiwa yang menarik perhatian ialah bagaimana tugu Saddam dimusnahkan oleh tentera Amerika yang turut dibantu oleh rakyat Iraq sendiri yang menentang Saddam selama ini. Tetapi, itu adalah sejarah lepas.
Kini, si peruntuh tugu Saddam itu sendiri menyesal dan mengaku tersilap pertimbangan menyokong pencerobohan tentera Amerika terhadap Iraq ketika itu. Selepas 10 tahun Saddam ditumpaskan dan Kerajaan Iraq musnah, Kadom al-Jabouri
No comments:
Post a Comment