Friday 8 March 2013

AWAT TAK HEBOH.....????

REALITI DI SEBALIK OPERASI DAULAT DI LAHAD DATU, SABAH

Banyak orang tak jelas, tak faham, dengan operasi yang sedang berjalan di Sabah ketika ini. Teka-teka, tuju-tuju, rasa-rasa, banyak berlegar di pemikiran rakyat di sebelah sini. Hal-hal keselamatan bukan sewenang-wenangnya didedah, disebar, dikongsi dengan semua orang. Hal ini melibatkan kedaulatan sesebuah negara dan jatuh bangun sesebuah kerajaan. Sekiranya urusan-urusan berkaitan keselamatan negara buat main-main, ada satu pihak akan ambil keselamatan, ambil peluang untuk buat onar. Fikir-fikirkanlah......
Itulah pasal, banyak  tindakan pihak tentera dipersoalkan. Kenapa buat itu? Pasal apa benda ni nak jadi? Mengapa yang itu tak jalan? Kita orang awam, tak semua benda pasal tentera boleh diceritakan kepada kita. Mari kita kongsi serba sedikit......
Tentera TIDAK BOLEH mengkhususkan kelengkapan khas atau untuk kegunaan tentera sahaja semasa mana-mana misi. Ia mestilah mampu disesuaikan mengikut sebarang situasi atau keadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Itulah sebabnya juga, kenapa walaupun dengan kelengkapan kapal selam, masih tidak dapat menghalang serangan di Lahad Datu. Bukannya kapal selam itu silap dibeli atau fungsinya terhad, tapi untuk menyekat serangan secara mengejut, ada kelengkapan lain yang boleh memainkan peranan lebih sesuai.
Setiap peralatan dan kelengkapan angkatan laut, akan digunakan pada masa yang bersesuaian dengan fungsinya dan diaktifkan sebaik mungkin serta lebih berkemampuan untuk fungsi pelbagai guna. Yang paling utama, tentera TIDAK BOLEH melengkapkan dirinya dengan peralatan yang khusus dan kelengkapan khas semata-mata, sebaliknya MESTILAH peralatan atau kelengkapan itu mampu disesuaikan dengan sebarang kemungkinan atau keadaan yang menjurus kepada situasi yang sedang berlaku.
Pasal apa askar naik kapal terbang 'AirAsia'? Kapal terbang askar tak de ke? Tahukah anda, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) masih memiliki kapal terbang, tapi pada masa yang sama, mungkin ada kapal terbang yang dalam penyelenggaraan atau menjalankan misi-misi lain, jadi tak dapat la semua kapal terbang dapat bersedia untuk angkut bilangan tentera yang ramai. Lepas tu, nak angkut serentak pulak, jadi kena la guna khidmat 'AirAsia' buat tambahan. Negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat sendiri, biasa gunakan khidmat penerbangan awam juga bila dah ramai nak angkut sekali banyak-banyak.

'Beli le kapal terbang pengangkut banyak-banyak, senang le nak angkut.' Habis tu, tak beli peralatan lain le kalau kira nak beli kapal pengangkut yang banyak? Dari sudut ekonomi pun, perlu ambil kira untuk tujuan pembelian sesuatu peralatan atau kelengkapan tentera. Bukan boleh suka-suka beli......

Selain itu, kapal terbang pengangkut tersebut, boleh juga mengisi peralatan lain seperti kereta perisai, jip, bekalan minuman dan makanan atau apa-apa sahaja yang mungkin tak sesuai nak muat dalam penerbangan awam.

'Kenapa nak angkut banyak-banyak askar ke Sabah? Bilangan askar yang ada di Sabah sekarang, tak cukup ke?' Bukan tak cukup, tapi ada banyak lagi dan macam-macam lagi tugas yang perlu dilaksanakan oleh askar. Nak bertahan, nak serang, nak kawalan, nak risik, nak geledah, nak bersih selain tugas lain untuk menjaga keselamatan negara. Bayangkan, kalau dengan bilangan askar yang ada masa awal pencerobohan dulu, askar tu nak buat semua nak kekalkan kedudukan, nanti ada kawasan yang terdedah dengan ancaman, maka lebih bahaya.

Negara tidak boleh mengambil mudah setiap aspek ancaman kerana kedaulatan negara perlu dipelihara. Setiap langkah atau tindakan yang diambil adalah setelah melihat dan mengkaji setiap aspek dari pelbagai sudut atau pandangan. Keputusan juga tidak dibuat secara berseorangan tetapi daripada kesepakatan sebulat suara.


*huraian lanjut, boleh merujuk di SINI

No comments:

Post a Comment