Sunday 16 December 2012

BEKAS PERAJURIT BAKAL TERIMA MANFAAT.......


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan tujuh inisiatif bagi menjaga kebajikan dan memperkukuhkan tahap sosio-ekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

7 inisiatif berkenaan ialah :
  1. Program Penempatan Kerja untuk Veteran 1Malaysia;
  2. Program Bimbingan Usahawan Veteran 1Malaysia;
  3. Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) oleh Industri1Malaysia;
  4. Kad Privilege 1Malaysia;
  5. Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia;
  6. Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia serta
  7. Program Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia.
1MVRP adalah satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Program ini akan memberi manfaat kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 veteran tentera yang tidak berpencen.

Program ini boleh dianggap sebagai satu lagi produk 1Malaysia yang mensasarkan supaya setiap kelompok tidak kira latar belakang, wilayah atau komuniti mesti mendapat sentuhan, faedah dan pembelaan daripada kerajaan.

No comments:

Post a Comment