Tuesday 25 December 2012

HATI LIM GUAN ENG TERBUKA TERIMA HIDAYAH HASIL DAKWAH PAS...........

Alangkah bahagianya bila mentafsir tajuk seperti di atas. Bukan senang manusia yang dilahirkan sebagai kafir boleh mendapat hidayah setelah usaha dakwah tanpa kenal erti jemu dan penat lelah oleh pendakwah-pendakwah Islam.

Saudara baru ini pula, kemampuan untuk mendalami Islam adalah sangat mengasyikkan lantaran lebih 'cepat boleh' berbanding penganut Islam yang sejak lahir lagi sebagai Islam tapi 'tak ketahuan' Islam pucuk pangkal.

Maka, kadang-kadang terasa malu, kadang-tercabar apabila saudara-saudara baru ini mampu menguasai kandungan kitab al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi. Kita yang 'beranak-beranak' dah ada bin/binti, merangkak-rangkak baca Quran atau nak hafal terjemahan, tapi mereka saudara baru ini, setahun dua tahun sudah hampir boleh jadi al-hafiz. Lihat saja Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Farid Ravi Abdullah sekadar menyebut beberapa nama, masyaAllah.... tabarakollah.....

Itulah dia istilah 'bukan senang' dan membuka kata dengan perkataan 'alangkah' juga, menampakkan 'impian' yang 'lambat menjadi' mungkin (atau tak menjadi langsung). Masakan tidak, Lim Guan Eng @ Joseph Lim Guan Eng menerima hidayah hanya kerana dakwah PAS, dengan beliau secara tegas meminta Kerajaan membenarkan Allah digunakan di dalam GEREJA, diulangi, GUNA DALAM GEREJA.

Sudah terang lagikan bersuluh. PAS yang dakwah ke Joseph Lim Guan Eng ke, Joseph Lim Guan Eng tarbiy PAS kali ini? Nampak benar kejayaan Parti al-Islam Sa-Malaysia (PAS) konon untuk kali ini.......... Terima Kasih.... Terima Kasih.... Terima Kasih.....

Bacaan lanjut >>LIDAH BIAWAK<< seantero Malaya........
Masuk, jangan tak masuk.......
Bagi salam elok-elok.......

No comments:

Post a Comment