Wednesday 8 January 2014

#BUGHAH: LAGI MUFTI BERHUJJAH.......

Bughah: Cadang Muzakarah Fatwa Kebangsaan 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disyorkan supaya mengadakan Muzakarah Fatwa Kebangsaan, bagi menjelaskan isu bughah yang masih mengelirukan rakyat. 

Sahibus Samahah, Datuk Seri Hassan Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang, menjelaskan bahawa hanya dengan kaedah itu boleh menjernihkan keadaan kerana perkara tersebut agak sensitif untuk diperjelaskan. 

Jika beliau juga turut memberi maklumbalas akan menjadi kurang sesuai, kerana boleh menimbulkan percanggahan dan kekeliruan atau mungkin juga berlaku perselisihan sesama mufti. 

Sebagai kaedah terbaik untuk menjelaskan perkara berkenaan, seeloknya dibawa ke perbincangan tertutup dengan bermuzakarah ujar beliau. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak, yang telah menggelar peserta perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember 2013 lalu sebagai golongan penderhaka atau ‘bughah’ dalam bahasa Arab yang menimbulkan reaksi kurang senang rakyat. 

Kenyataan Harussani itu berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan. 

Hassan juga mengulas sekiranya kenyataan berhubung perkara tersebut dilanjutkan tanpa mencari penyelesaian sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya akan mengeruhkan keadaan. 

Tambah beliau juga tentang kenyataan berhubung bughah ini, sekiranya mufti-mufti tidak dapat memastikan bagaimana penerimaan rakyat, ada kemungkinan kefahaman mereka adalah berbeza yang akhirnya hanya memburukkan keadaan dan adalah lebih elok jika pihak yang bertanggungjawab tampil menjelaskan supaya perkara ini tidak berlanjutan.

*sumber: Sinar Harian online 8 Januari 2014

No comments:

Post a Comment