Monday 6 January 2014

REPUBLIK ITU MAKNANYA.........

Seronok kalau membayangkan sesuatu yang bukan milik kita. Sebutkanlah apa sahaja yang sekarang ini tidak elok di mata kita, akan kita impikan yang berlawanan daripada apa yang ada itu.

Maka, banyaklah saudagar-saudagar mimpi yang memperdagangkan mimpi-mimpi enak hanya kerana pembeli-pembelinya menonton sandiwara gebu tapi berpanau kurap di sebalik balutnya.

Amat minat sekali dengan menongkah arus tanpa melihat kelibat kocak air di dasar. Tiada ada manusia bikin sesuatu tanpa ada matlamat.

Jadi, berhati-hati dalam menggemari sesuatu yang menjadi sebutan ramai. Berhati-hati jangan sampai TERGADAI.
Republik bukan benda main-main.

*Maksud 'republik' di dalam kamus:

republik(républik) negara yang sistem pemerintahannya berdasarkan kuasa rakyat melalui wakil yang mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden; kerepublikan yg mempunyai ciri-ciri republik: doktrin ~ revolusi Perancis.Kamus Dewan Edisi Keempat

No comments:

Post a Comment